Friday, December 9, 2011

IPB 2011 - 2012



    Hari ni sudah hampir 2 minggu aku di Markas Malaysia yang terletak di Sri Petaling, Kuala Lumpur. Hari pertama aku melangkah keluar dari rumahku pada 19 NOV 2011. Sebelum aku keluar dari rumahku, aku banyak menghabiskan masa bersama-sama keluargaku, akan tetapi banyak ujian yang datang ketika mitu. Aku mengharapkan masa yang aku beri ketika itu mencukupi pada mereka. Kerana bagi ku, aku sendiri rasa rindu pada mereka ketika ini. Akan tetapi aku hanya mampu bersabar dan menekan nafsuku.

    Pada hari terakhir aku keluar rumah, sebelum itu aku memanggil isetri dan anak-anak kesayangan ku hampir ke riba ku. Aku memberi targhib pada isteriku dan memujuk-mujuk anakku yang sulung. Sedih aku ketika itu hanya Allah sahajayang tahu. Lalu aku membaca doa/manzil sebelum aku keluar rumah. Lagi la... sedih masa tu... "Aku tinggalkan Isteri dan Anak-anakku hanya ada Allah dan Rasul".

    Nizam dan abang Lam yang membantu aku menghantar ke Sri Petaling. Mereka sungguh baik. Aku doakan moga Allah menerima mereka dalam usaha ini dan dijadikan orang beriman dan bertaqwa pada Nya. Pada ketika aku sampai di Sri Petaling, hari esoknya merupakan hari ketiga jemaah seluruh malaysia keluar di Jalan Allah. Dianggarkan sekitar 1000 orang ketika itu. Tidak ketinggalan, aku sempat berjumpa dengan rakan sehalaqa dan semahala. Ada juga aku berjumpa dengan rakan-rakan seusaha di negeri lain. Sungguh hebat Allah...

    Aku banyak bersama Abang Din iaitu rakan semahala ku. Akan tetapi pada hari ketiga Jemaah di keluarkan beliau pun keluar ketika itu. Nampaknya Allah telah pilih Abang Din awal-awal lagi. Aku kembali mencari jemaah sementara ku yang telah dibentuk di markas rahang seremban. Sepatutnya 6 orang, tetapi hanya 2 orang sahaja yang sampai ke markas, iaitu aku dan cikgu Sukri jempol.

    Pada mulanya kami berdua, dan akhir-akhirnya kami berkenalan dengan rakan seusaha dari sabah, iaitu cikgu Julidan dan Rahman. Mereka baik-baik orangnya. Jadi kami berempat bersama-sama dalam apa sahaja program-program disana seperti Taklim, Karkuzari, Bayan Maghrib, Muzakaroh Masail dan banyak lagi. Disini kami dinasihat untuk mengusahakan Visa India, dan jemaah sebenar tidak akan dibentuk selagi tiada visa. Aku sebenarnya awal-awal lagi dah usahakan visa india diseremban, melalui agent/kawan seusaha. Jadi aku pun agak selamba dan rileks nampaknya. Mereka pula melalui agent di Sri Petaling. Keputusan pertama aku telah ditolak awal-awal, entah kenapa dan mana silapnya aku pun tidak tahu. Tapi agent aku cuba untuk kali kedua. Sahabat ku yang lain masih lagi dalam proses. Nampak lama jugak ni. Mana tidaknya, beratus yang nak usahakan visa ke sana.

    Dalam masa menunggu visa ke india, Aku dan sahabatku macam biasa, duduk dalam program istimaei. Akan tetapi apabila sudah masuk hari yang kelima dan ke enam, diri ku dah mula memberontak atau senang kata syaitan dah tipu aku. Aku mula tidak duduk dalam program. Aku banyak duduk di kedai-kedai luar dan adakalanya aku banyak tidur. Keresahan menunggu visa india membelenggu aku. Doa ku tidak putus-putus, macam-macam yang aku doa. Semuanya nak ke india. Niatku nak lihat sendiri Masjid Bangalwali di Nizammudin, nak jumpa Eldest/Ulama disana, nak buat sobat dengan maulana dan macam-macam lagi. Pendek kata semuanya baik-baik sahaja.

    Hari seterusnya, aku dah mula rasa boring dan hatiku lekas marah. Dah tiada cara laindah, aku sudah tidak tahu nak jumpa siapa untuk meluah, menggadu hal aku ini. Sahabat-sahabat yang lain semua pun dalam ujian masing-masing. Akhirnya hatiku berkata, Allah yang sebenarnya tempat untuk aku meminta,menggadu dan apa sahaja. Aku terpaku diam kerana aku telah berdosa kepada Allah. Akhirnya malam itu, aku bertaubat dan berdoa kembali. Keesokannya  diriku menjadi seperti hari pertama aku sampai ke sini. Aku mahu duduk dalam program. Dan kali ini lebih sikit, Allah bagi aku semangat untuk Khidmat di Masjid Sri Petaling. Aku banyaklah khidmat antaranya kebersihan dan sekuriti. hari demi hari aku melihat banyak jemaah IPB dibentuk dan keluar. Aku hanya mampu melihat dan bersabar. Inilah ujian aku di Sri Petaling. Aku belajar banyak perkara dan perkara ini amat Ajaib. Susah aku nak terangkan, sebab iainya tarbiah Allah kepada makhluknya. Tapi yang pasti Allah Maha Besar, Allah memang hebat.

    Baiklah, sekarang aku nak ceritakan sedikit keajaiban di Sri Petaling, Masjid ini sendiri. Suasana disini memang lain dari masjid-masjid yang lain. 24jam suasana/program hidup. Halaqa Taklim, Halaqa Quran, Bayan, Muzakaroh, Itilat, Itikaf, Malam Sabguzari, Pembentukan Jemaah keluar, Infradi amal dari pagi hingga esok hari. Memang hidup. Malam ada orang baca Quran, Tahjud dan macam-macam lagi. Subuh sahaja ada bayan, lepas tu khidmat kebersihan. Sebelum ni aku belum pernah alami suasana ini dalam hidupku. Mungkin ini yang dikatakan hidupkan setiap Masjid atau Surau seperti Masjid Nabi s.a.w iaitu Masjid Madinah Munawarah. Tapi masjid nabi lagi dahsyat. Kalau nak tahu, kena pergi dan lihat sendiri. Aku belum pergi lagi, tapi inilah Azam ku pada tahun yang akan datang. Dan inilah yang dipanggil 5 amal Masjid hidup. Ini yang selalu ditekankan oleh Eldest/orang tua-tua di Masjid Bangalwali Nizammudin. Antara perkara ajaib yang aku jumpa disini, sepanjang aku khidmat kebersihan, aku tidak pernah jumpa seketul pun tahi cicak. Cicaknya juga kalau ada pun 1-2 ekor. Itupun sekali sahaja aku jumpa dan tidak ada tahi cicak di masjid itu. Lipas pun sama. Bila malam aku khidmat sekuriti, pun sama 2-3 ekor nyamuk sahaja yang jumpa. Lepas aku pukul, dah habis tiada lagi. Tidur malam memang nyaman selesa. Cuma berdengkor orang je kedengaran. Tapi majoriti jemaah semua boleh tidur lena. Memang hebat kuasa Allah ni. Hidup je 5 amal masjid, banyak perkara ajaib berlaku. Ada orang lama-lama disini cakap, Malaikat dan Jin Islam banyak beramal dan beribadat disini. Jadi bila siapa-siapa itikaf di Masjid ini doa la banyak-banyak. Duduk sini banyak mengajar erti hidup berdikari, yang dah pandai pun dapat banyak perkara apa yang sepatutnya dia lakukan.

    Ta'am memang best. Mana tidaknya, secara berjemaah dan sentiasa bercerita kebesaran Allah atau kisah-kisah Nabi dan para sahabat. Dan semuanya dilakukan dengan penuh adab mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. Bila makan je, lahirlah kasih sayang sesama ehsan, menghormati orang yang lebih mulia dan lain-lain. Hmm... inilah serba sedikit yang boleh aku kongsi pengelaman ketika berada di Masjid Jamek Sri Petaling. Lebih-lebih lagi ketika berada di Khuruj Fisabillillah. Macam tentera nak pergi perang lak aku rasa aku ni.

    Sekarang dah masuk 9/12/2011 aku berada di Sri Petaling. Dah hampir 3 minggu aku disini dan macam-macam pengelaman serta ujian aku tempohi. Hanya doa dan Tawakal habis-habisan kepada Allah sahaja yang mampu aku buat untuk bertahan. Kalau tidak dengan kudrat dan kerahiman Allah s.w.t serta tarbiah Nya pada mahkluk Nya, tidak mungkin seseorang itu dapat bertahan. Jemaah-jemaah dah berkurangan, khususnya yang ke IPB. Bahkan sahabat-sahabatku cikgu sukri, julidan dan rahman pun dah berangkat ke IPB. Akhirnya disinilah aku belajar membawa diri dan bersabar. Aku belajar bergaul dengan jemaah-jemaah yang lain serta orang-orang khidmat tetap di masjid ini dan tidak lepas juga ustad-ustad disini. Ujian yang aku lalui ketika itu, pasport aku ditahan atau disimpan (bertindih dengan pasport lain) di kedutaan India. Itu cuma asebab sahaja. Sebenarnnya ini ujian aku. Dan bila aku nak keluarkan dari kedutaan sana, pun susah kene tunggu 3 hari. Sebab katanya sudah masuk proses. Apabila di mesyuarat dengan jemaah Tashkil, aku di nasihatkan untuk ambil kembali bawak keluar pasport dengan apa cara pun. Kalau tidak, aku akan duduk lagi lama disini. Bayan Maghrib ketika itu telah menyentuh hatiku dan insyallah, baru aku sedar. Niatku perlu dibetulkan lagi. Memang betul la kata ust di mahala ku. Malam itu aku berdoa dan membetulkan niatku seikhlas-ikhlasnya kepada Allah s.w.t. Esoknya keluar juga pasport aku dan hari itu hari Jumaat. Kegembiraan aku hanya dapat ku lakukan dengan sujud syukur kepada Allah dan akan sentiasa aku betulkan niatku kelak. Keampunan dan Pujian-pujian sahaja yang dapat aku kata ketika itu kepada yang Esa.

    Malam sabguzari, Allah telah hantar seorang hamba Allah yang mulia yang akan menemani aku ke IPB. Namanya Salman dari Melaka. Umurnya muda lagi lingkungan 22-23 tahun. Dia ada visa india 6 bulan, akan tetapi jemaah Tashkil telah putuskan untuk dia keluar menemani aku ke Bangladesh dan hadir Ijtimak Tongey. Akhirnya Allah telah hantar aku dan salman ke Bangladesh dan hadir Ijtimak semata-mata kerana Allah dan niat belajar. Aku sendiri akan berada disana selama 4 bulan dan disatukan dengan jemaah lain sana nanti selepas ijtimak. Salman pula akan sambung khurujnya di India. Jadi kami akan berpisah. Tetapi semuanya ketentuan Allah dan pilihan Nya. Allah berkuasa mahkluk langsung tiada apa-apa. Akhirnya tiket penerbangan aku bertarikh 10/12/2011 jam 10 pagi waktu malaysia. Aku akan menaiki penerbangan United Airlines.

    Insyallah, moga berjumpa lagi di tahun hadapan dan jika tidak, pasti dan pasti di akhirat kelak akan berjumpa dan ini semua ketentuan Allah s.w.t. Aku berdoa moga asebab aku keluar di Jalan Allah, hidayat tersebar seluruh alam. Dan niatku hanya semata-mata mencari ke reda'an Allah dan belajar islahkan diri sendiri untuk bekalan keluarga dan umat ini di akhirat nanti.

Jazakallah Khir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...