Monday, October 15, 2012

DUNIA MENUNGGU TANDA-TANDA AKHIR KIAMAT!!




Subhanallah....Petanda Kiamat Sudah Semakin Hampir...

Tanda-tanda awal Kiamat semuanya telah terlihat. Antaranya :

Para saintis ' bukan Islam' dari Amerika Syarikat sekali lagi terkejut apabila mereka mendapati sejak akhir-akhir ini telah banyak tumbuh hutan di bawah tanah di Arab Saudi ( barat Alsamman). Ramai pengkaji yang telah memeluk agama Islam, Alhamdulillah...

Namun, salah satu tanda Kiamat adalah bahawa "tanah orang Arab" sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian lama.
Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : "Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai. "[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]

Gua bawah tanah ini mempunyai saiz yang berbeza daripada satu sama lain mungkin disebabkan oleh faktor alam yang berlaku dengan perintah Allah. Bagi yang merncari air ia tidak boleh dilihat dari atas tanah. Satu kajian dan penerokaan oleh Geologi Saudi mengenai fenomena semulajadi dan aneh. ini. Terletak di bahagian timur Alsman wilayah selatan Arab Saudi. Lokasi pada peta diselaraskan dan sekarang ini boleh dicapai dengan cepat kerana laluan baru yang dibuat di sebelahnya.


Apabila mendekatinya yang bersamaan dengan paras tanah, halangan pasir telah diletakkan sekelilingnya supaya tidak jatuh demi satu, tetapi faktor semulajadi ini menjadi halangan, oleh itu halangan konkrit telah diletakkan

Jika dilihat dari pintu masuk ia seperti berada di dalam gua sebuah gunung.

Anda tidak boleh melihatnya melalui gambar ini

Semakin dekat sebuah kawah kelihatan

Sekeliling kawah ini diletakkan halangan konkrit

Pemandangan dari tepi kawah.

Kita lihat di sini faktor utama pemadatan pasir nya adalah kerana hujan dan banjir


Ini adalah salah satu Dhol Alsman Abu Jervan yang terbesar yang dikenali sebagai Abu Sawit sempena nama kelapa disebabkan pemadatan pasir

Saiz lubang atau kawah dibandingkan dengan kereta

Dari gambar ini kita lihat Kawasan Dahl ini semakin kehilangan bumbungnya. Dan semakin mengembang lebar dari masa ke masa.

Maha Suci Allah



Kingdom Tower, Jeddah | Bangunan Pencakar Langit Tanda-tanda Awal Kiamat

Kingdom Tower, Jeddah
Semakin hari semakin ramai pemimpin negara maju yang berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit. Jika sebelum ini Burj Khalifa menjadi 1 fenomena bangunan pencakar langit tertinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter yang merupakan hampir 2 kali ganda tingginya dari Menara Berkembar Petronas di Malaysia iaitu hanya 452 meter sahaja.
Lihat sahaja sudah pasti membuat kita gerun. Kenapa tidak, Menara Berkembar Petronas di negara kita sendiri sudah kita rasakan tinggi dan malah pasti ramai yang masih belum sampai kepuncak. Inikan pula bangunan pencakar langit seperti Burj Khalifa. Namun begitu, pasti anda lebih tergamam kerana ketinggian Burj Khalifa itu nanti hanyalah separuh sahaja dari ketinggian Kingdom Tower!
Ya, bangunan pencakar langit Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah merupakan BANGUNAN PENCAKAR LANGIT TERTINGGI DI DUNIA! Dengan ketinggian lebih kurang 1600 meter, pasti ianya menakutkan kita yang melihatnya itu.
Satu info menarik mengenai isu Bangunan Pencakar Langit ini ialah kebanyakkannya ialah terdiri daripada negara-negara Islam! Ya, lihat sahaja Kingdom Tower di Jeddah, Burj Khalifa di Dubai dan Menara Berkembar Petronas di Malaysia. Kebetulan atau?
Petikan dari Hadith Jibril yang cukup panjang, percakapan antara Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam dengan Malaikat Jibril tentang Islam, Iman, Ihsan, dan tanda-tanda Hari Kiamat:
Ia (Malaikat Jibril) berkata lagi, “Beritahulah aku tentang hari Kiamat.”
Baginda (Nabi Muhammad Salallahu ‘alaihi wassalam) menjawab : “Orang yang ditanya tentang hal tersebut tidak lebih tahu dari pada orang yang bertanya.”
Akhirnya ia berkata, “Beritahulah aku sebahagian dari tanda-tanda Kiamat itu”.
Beliau menjawab, “iaitu : Apabila ada hamba sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila kamu melihat orang-orang tak beralas kaki, tak berpakaian sempurna melarat lagi, pengembala domba saling membangga-banggakan diri dalam membangun bangunan yang tinggi‘.

[Hadith Riwayat Muslim dalam Sahihnya, kitab Al-Iman, bab 1, hadits ke 1. Dan diriwayatkan juga hadith dengan lafaz seperti ini dari Abu Hurairah oleh Al-Bukhari dalam Shahih-nya, kitab Al-Iman, bab 37, hadits ke 1.]


Perbandingan antara bangunan tertinggi lain

Pembangunan di Kota Mekah. Sumber - SciDev.Net - Nehal Lasheen - 10 November 2011


Credit to owner of articles "Che Det"

PETANDA KIAMAT SEMAKIN MENGHAMPIRI



TAZKIRAH | PETANDA KIAMAT SEMAKIN MENGHAMPIRI
  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.”Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
    - Sahih Bukhari
    ~ dah jadi dah..
  2. Zina bermaharajalela.
    “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
    - Sahih Muslim
    ~ dah nampak dah..
  3. Bermaharajalela alat muzik.
    “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?”Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
    - Ibnu Majah
    ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik, Muzik Underground..
  4. Menghias masjid & membanggakannya.
    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
    - Riwayat Nasai.
    ~ memang dah nampak dah..
  5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
    “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
    - Riwayat Ahmad dan Hakim.
    ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
  6. Ramai orang soleh meninggal dunia.
    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
    - Riwayat Ahmad

    ~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…
  7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
    “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
    - Riwayat Thabrani
    ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..
  8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
    “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
    - Riwayat Ahmad
    ~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…
  9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”
    ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..
  10. Bulan sabit kelihatan besar.
    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
    - Riwayat Thabrani
    ~ tak caya gi tengok..
  11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
    “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
    - Sahih Muslim
    ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…
  12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.
    “Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
    - Riwayat Ahmad
    ~ tengok kes peperangan Iraq..
  13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
    - Sahih Muslim
    ~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..
Wallahu a’lam

SUMBER :


http://blog.myfriends2u.com/2011/02/26/petanda-kiamat-semakin-menghampiri/

http://aidanatasya.com/tazkirah-petanda-kiamat-semakin-menghampiri/

4 Golongan Lelaki ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...