Tuesday, June 24, 2014

USAHA DAKWAH DI PALESTIN




INFO DAKWAH DARI ISRAEL 

Bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh dapat bergerak di negara Israel secara Madaniyyah (terbuka) dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang Arab di Palestina diancam dan diseksa dengan keras oleh orang Israel sementara di Palestina terdapat 5 markas?

Orang Yahudi adalah pakar dalam soal kitab samawi termasuk Al-Quran dan Al-Hadits Nabi. Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha Agama yang mana mendapat bantuan Allah SWT dan yang tidak memperolehinya. Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu orang-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas. Sedangkan pergerakan lain yang radikal dibenteras dan diseksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu. Suatu ketika, beberapa jemaah tabligh sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentara yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi. Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim yahudi, tentera itu telah mengacukan senapang rifel mereka ke arah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah ditekan tetapi apabila diarahkan ke atas, peluru dapat dilepas seperti biasa tetapi apabila diacukan kembali ke arah jemaah peluru tidak keluar, bila diarahkan ke arah lain peluru dapat dilepas seperti biasa. Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan Israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi.

Kawasan Hebron, betul-betul dalam tembok. Ada seorang dari ahli jemaah yang belakang rumahnya, pintu dapur menghadap ke tembok. Menurut mereka, di sana, walaupun mereka berada dalam kepungan Yahudi laknatullah, namun, bagi umat Islam yang benar-benar amal agama, dan beriman dengan penuh yakin, dan ada buat usaha iman, Masturat-Masturat yang juga usahakan atas iman dan amal serta tutup aurat dengan sempurna, bila akan diadakan pemeriksaan, maka tentara Yahudi lelaki jangankan memeriksa para masturat, pandang pun tidak mahu. Sebaliknya, mereka suruh tentara perempuan mereka yang buat pemeriksaan. Allah pelihara masturat-masturat yang tutup aurat dengan sempurna dan beriman amal ikut cara Nabi saw, walaupun mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun. Manakala lelaki yang membuat usaha atas iman dan amal pula di sana, Rabbai (pendeta2 yahudi) sendiri akan larang tentara yahudi dari cuba berbuat sesuatu kepada mereka(karkun). Kiranya, memang tidak di sentuh lansung. Jadi, semua penyelesaian kesusahan, hanya ada dalam iman dan amal saja.

Ada satu laporan pula apabila satu jemaah telah ditangkap oleh sepasukan tentara Israel di Palestina. Amir jemaah telah dimasukan ke dalam bilik pegawai yg bertugas dan ditanya kenapa mereka ke Palestina, adakah mahu melawan Israel…?
Dengan tenang amir jamaah menjawab, tidak, kami tiada bawa apa-apa, hanya bawa peralatan tidur dan memasak saja, kami ke sini utk sampaikan kalimah "Lailahaillah Muhamadarasullullah". Lalu pegawai Israel itu pun memperlihatkan sesuatu dari komputernya dan menunjukan layar komputer tersebut kepada amir jemaah. Pegawai itu bertanya lagi, adakah anda mengusahakan 6 perkara ini..?  
Iaitu, 6 sifat para sahabat yg diusahakan oleh setiap ahli jemaah…

Iaitu :-
1- Kalimah Thayyibah, 
2- Solat Khusyu’ dan khudu’
3- Ilmu dan Zikir
4- Ikhlas Niat
5- Ikram Muslimin
6- Dakwah dan Tabligh

Amir jemaah dengan penuh keheranan berkata, Ya, kami usahakan atas sifat-sifat ini tetapi bagaimana kamu tahu. Pegawai itu menjawab, kami telah lama menyelidiki tentang golongan kamu, jika SEMUA UMAT ISLAM usahakan apa yg kamu usahakan pasti kami akan binasa.. 

Ini hanyalah beberapa karguzari/laporan tentang usaha yg dibuat. Golongan ini adalah sesuatu yang hak, bukanlah sesat atau bid’ah yang diwar-warkan oleh segelintir manusia. Jika kita masih ragu, solat "Isthikharah" lah dan berdoa, jika ini jalan yg bathil maka musnahkanlah jalan usaha ini. Jika benar, berdoalah semoga kita semua juga diberi hidayah oleh ALLAH untuk membuat usaha agama ini.


Wallahu a'lam




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...