Tuesday, February 15, 2011

Jor Halaqa Senawang, Negeri Sembilan 2011

Assalamualaikum,

Selasa, 15 Februari 2011 atau 12 Rabi'ul Awal 1432 H, adalah hari kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. 

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Ok, tadi nie serba sedikit mengenai Maulidur Rasul. Dalam masa yang sama, Jor untuk Halaqa Senawang juga diadakan di Surau Taman Seri Pagi, Senawang Negeri Sembilan. Halaqa-halaqa tempat lain pun ada juga Jor, cuma tidak pasti dimana. Pembayan untuk Jor Senawang kali nie ialah daripada Jemaah 40 hari yang sedang bergerak di senawang.


Aku masa tue datang dah lewat. Jor bermula pada jam 10pagi. Aku datang 11.15pagi. Jor tangguh pada waktu zohor dan selepas waktu zohor, ada la majlis makan-makan. Alhamdullilah, aku sempat juga dengar dari seorang pembayan nie. Nama dia Abdul Razak atau Cikgu Razak dari Melaka. Beliau merupakan salah sorang syurah di Melaka. Dan doa hidayat pun disempurnakan oleh beliau juga.

Cikgu Abdul Razak


Haa, time Makan!!


Haa, tu Tuan Asri, karkun Pinggiran Senawang sedang laju menuju ke tempat Ta'am



Ustaz Hambali pun ada...!



Abg Nasir, Ustaz Rahim pun ada...













Begini laa Jor di Senawang. Alhamdullilah, program berjalan dengan selamat dan jayanya atas keizinan Allah s.w.t.


Semoga kita berjumpa lagi dengan Izin Allah.

Wasalam, Jazakallah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...