Monday, May 2, 2011

Muzik dalam Hidup ku.

Aku bermain muzik sejak di bangku sekolah lagi. Masa tu aku form 3. Aku anggap muzik macam hobi sahaja, dan muzik merupakan trend muda mudi pada zaman itu (sekitar 1995). Sejak kecil lagi masa umur ku lingkungan 8-13 tahun lagi, aku dah dengar muzik era-era 80an dan 90an. Aku ni ikut-ikutan sebenarnya, masa tu abang dan kakak aku suka dengar muzik. Kadang-kadang tu pengaruh kawan-kawan diorang pun ada. Aku tidak salah kan diorang. Biasa la darah muda.
Bila remaja, aku mula bergiat lebih mendalam mengenai muzik. Aku berangan-angan ingin menjadi seseorang yang “famous”, glamour atau seorang “icon” melalui muzik. Jadi aku pun mengkaji muzik sedalam-dalamnya. Tak perlu lah tanya ilmu muzik yang telah aku kecapi..
Pada tahun 2009, aku aktif seaktifnya dengan muzik bawah tanah atau lebih dikenali “muzik underground”. Aku dan band aku tidak lah se “Famous” seperti Siti Nuharliza mahupun Metallica, tapi dalam “scene underground” Malaysia, kami dah ada nama. Ada la juga nama band aku disebut-sebut di negara lain seperti Singapore, Bangkok, dan Indonesia. Aku dan band aku telah mengelilingi hampir seluruh semenanjung Malaysia dan Singapore. Aku hampir-hampir ke Bangkok dan Indonesia untuk bermain muzik, tetapi tak menjadi sebab masalah kewangan.
Sekarang aku dan band aku dalam keadaan tidur sementara (kononnya). Kami semua nak focus pada hal masing-masing sementara nak produce Album pertama kami. Sebelum ni kami dah pasarkan lagu kami dalam bentuk EP. Boleh laa.. ada laa jualan.
April 2011, aku dah bekerja di sebuah syarikat kecil yang berada di senawang. Aku bertugas sebagai pemandu lori dan ditugaskan untuk menghantar air minuman (R.O) dalam botol berkapasiti 5gelen. Aku selalu travel ke KL, Shah Alam, Bukit Mahkota dan selebihnya sekitar Negeri Sembilan sahaja. Ini la keperluan ku, menghantar air minuman.
Pada suatu hari, seperti biasa aku menghantar air. Kali ni aku menghantar di KLCC iaitu dewan Filharmonik. Haa..!! ni tempat okestra yang top-top je. Macam-macam okestra luar negara dah buat show kat dewan ni. Jadi pada masa tu, ada la latihan sedang dijalankan di dewan tu. Teater Bangsawan katanya. Punya la ramai anak-anak melayu yang asyik dengan latihan masing-masing. Aku pun buat “dunno” je la. Sambil-sambil dalam hati berdoa kepada ALLAH Azzawajalla, “Ya Allah, Engkau berikan la hidayah pada mereka”. Kesian aku tengok.
Sedang aku turunkan air botol di stesen-stesennya, sampai la di sebuah stor di belakang dewan itu. Orang kata, ni bilik berasap (tempat hisap rokok). Tiba-tiba aku ternampak tiga orang lelaki, sedang asyik menghisap rokok dan bernyayi dengan menggunakan 1 instrument saje iaitu gitar tong. Sambil aku turunkan air botol di stesennya, ingatan aku mula mengimbau kembali zaman aku dahulu. Aku teringat aku dan band member aku pernah beraksi di sebuah hotel di seremban untuk sebuah function reunion. “Corazon”, ya!! Ini la lagu yang mereka tengah menyayi dalam bilik stor itu.Fuhh, memang layan. Leka Aku dibuatnya. Terus aku teringat banyak perkara pada masa tu. Antaranya, masa aku tengah  “Gah” di persada muzik underground dan perkara-perkara lain.
Tiba-tiba, sedang hampir 10 minit aku leka ditipu syaitan laknatullah, aku teringat pada pesanan dari seorang sahabat yang rapat dengan ku, boleh katakan dia ni macam abang aku. “Arie, sabar.. sabar.. sikit jee lagi. Aku tahu perasaan dan hati kau. Nanti kat syurga, daun sama daun berlaga pun lebih dahsyat dari bunyi-bunyi yang ada di bumi ini. Sabar yea..” ini la pesanan dia kepada aku. Masa tu aku keluar 3 hari dengan dia di Taman Jujur bersama Jemaah student 40 hari. Asebab pesanan ni, aku terus beredar di tempat itu dengan hati berkata-kata, “cisss.. syaitan berjaya jugak ko tipu aku yea”. Aku terus beredar sambil tersenyum kambing. Kenapa? Sebab malu dan takut dengan Allah.

Sesungguhnya dunia adalah tempat ujian semata-mata. Janganlah kamu (Manusia) terkesan padanya. Ikutlah utusan Ku yang telah Aku hantar pada umat akhir zaman ini.
Bersabarlah. Banyak-banyak kan lah beramal dan beriman kepada Allah Azzawajalla. Janji-janji Allah semuanya betul dan benar. Hanya kita sahaja yang lupa pada Allah dan taksub kepada dunia. Diakhir-akhir zaman ini, banyak perkara dah berlaku. Perkara ni semua telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Nabi kita juga telah berpesan. Pesanan itu pun telah di bawa sehingga lah sekarang. Akan tetapi manusia tetap keras hatinya. Hanya segelintir sahaja manusia yang Allah Azzawajalla pilih untuk kembali pada jalan yang benar dan beriman kepadaNya.
Aku sendiri merasakan diriku ini pun masih lagi golongan yang belum diterima Allah. Iman dan Amalan ku yang sedikit dan tak dijaga pula. “Allahhuakbar”, takut dan malunya aku kepada Allah. Tuhanku selalu berikan kenikmatan di dalam dunia ni, antara aku sedar atau tidak sahaja. “Ya Allah”, kalau macam ini lah aku berfikir, macam mana pula dengan anak-anak ku? Isteri ku? Keluarga & keturunan ku? Sahabat-sahabat ku? Semua orang dalam dunia ni? IBU DAN AYAH KU?? Adik beradik aku??? “Ya Allah, ampun dosa mereka Ya Allah, pilih lah mereka Ya Allah, pilih lah mereka untuk berada di sisi Mu”….
 “Ya Allah, Engkau berikan lah taufik dan hidayah kepada ibu bapa ku, isteri ku, anak-anak ku, kaum keluarga ku, Saudara-saudara ku, Keturunan ku, Sahabat-sahabat ku, Seluruh umat akhir zaman ini, Seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w, dan Seluruh Alam. Jadikan la kami golongan yang Engkau pandang dengan rahmatMu, dan golongan yang masuk syurga Mu. Jauhkan kami dari fitnah dajjal dan Engkau pelihara lah kami daripada seksa kubur dan azab api Neraka.
“Ya Allah, Engkau ambil la aku, Engkau matikan la aku dengan Iman dan Takwa yang sempurna sebelum dajjal muncul”.


P.s :-      Kalau lah perkara-perkara yang leka di dunia ni semuanya susah aku nak elak, macam mana dengan fitnah dajjal dan kemunculannya nanti. Sebenarnya, kebanyakan muzik-muzik baik dahulu dan sekarang, semuanya berunsurkan “Freemasion” atau lebih senang kata, ikutan dajjal. Sedar tak sedar je kita ni. Agak-agaknya lah, dajjal sedang bergelak besar ni, sebab pengikut-pengikutnya atau tenteranya dah ada, dan dah ramai. Itu baru arena muzik, belum yang lain lagi. Kalau lah kita mati dalam keadaan kufur, macam mana nak menjawap nanti…



PROGRAM / AKTIVITI HARIAN HAZERIFF

Isnin  2/5/2011
·         Hari Pekerja (Cuti Umum)
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
Selasa  3/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di KLCC
·         7ptg - 9mlm  - Ghast 2 (Masjid Taman Rasa Sayang)
Rabu  4/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM
·         7ptg - 9mlm  - Malam Mesyuarat Markas (Rahang)
Khamis  5/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air dan Isi Air di Seremban
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1 (Baca Yasin)
·         9mlm - 11mlm  - Mesyuarat Halaqa (Taman Jasmin, Senawang)
Jumaat  6/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air dan Isi Air di Seremban
·         7ptg - 9mlm  - Ghast 1 Mohala Cempaka 1
Sabtu  7/5/2011
·         7ptg - 9mlm  - Malam Markas (Rahang)
·         9mlm - 11mlm  - Bersama Abg Ujang (Pancor)
Ahad  8/5/2011
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
·         9mlm - 10mlm  - Khusussi sahabat lama
Isnin  9/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di KLCC
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
Selasa  10/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM
·         7ptg - 9mlm  - Ghast 1 Mohala Cempaka 1
Rabu  11/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di Bukit Mahkota
·         7ptg - 9mlm  - Malam Mesyuarat Markas (Rahang)
Khamis  12/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air dan Isi Air di Seremban
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1 (Baca Yasin)
·         9mlm - 11mlm  - Mesyuarat Halaqa (Taman Jasmin, Senawang)
Jumaat  13/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air dan Isi Air di Seremban
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
Sabtu  14/5/2011
·         7ptg - 9mlm  - Malam Markas (Rahang)
Ahad  15/5/2011
·         5ptg – 6.30ptg  - Khusussi & 2 ½ Jam
·         7mlm - 9mlm  - Kuliah Agama di Desa Melor Senawang
Isnin  16/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air dan Isi Air di Seremban
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
Selasa  17/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM & KL
·         7ptg - 9mlm  - Ghast 2 (Surau Al-Amin)
Rabu  18/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air dan Isi Air di Seremban
·         7ptg - 9mlm  - Malam Mesyuarat Markas (Rahang)
Khamis  19/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM, PJ, KLCC
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1 (Baca Yasin)
·         9mlm - 11mlm  - Mesyuarat Halaqa (Taman Jasmin, Senawang)
Jumaat  20/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air dan Isi Air di Seremban
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
Sabtu  21/5/2011
·         7ptg - 9mlm  - Malam Markas (Rahang)
Ahad  22/5/2011
·         5ptg – 6.30ptg  - Khusussi & 2 ½ Jam
·         7mlm - 9mlm  - Kuliah Agama (Seremban / Senawang)
Isnin  23/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air dan Isi Air di Seremban
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
Selasa  24/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM & KL
·         7ptg - 9mlm  - Ghast 2 (Masjid Taman Rasa Sayang)
Rabu  25/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air dan Isi Air di Seremban
·         7ptg - 9mlm  - Malam Mesyuarat Markas (Rahang)
Khamis  26/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM, PJ, KLCC
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1 (Baca Yasin)
·         9mlm - 11mlm  - Mesyuarat Halaqa (Taman Jasmin, Senawang)
Jumaat  27/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air dan Isi Air di Seremban
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
Sabtu  28/5/2011
·         Keluar 3 Hari Masturad di Jalan Allah (Khuruj Fisabillillah) bersama Jemaah Senawang.
Ahad  29/5/2011
·         Keluar 3 Hari Masturad di Jalan Allah (Khuruj Fisabillillah) bersama Jemaah Senawang.
Isnin  30/5/2011
·         Keluar 3 Hari Masturad di Jalan Allah (Khuruj Fisabillillah) bersama Jemaah Senawang.
Selasa  31/5/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM & KL
·         7ptg - 9mlm  - Ghast 2 (Surau Al-Amin)


Pengalaman :
-           Nisab 2010                                              =  3 hari, tiap-tiap bulan
-           Azam tahun ini (2011)                      =  40 hari, bulan Syaaban (July) dalam Malaysia
-           Azam tahun depan                             =  4 bulan 40 hari, awal tahun (India, Pakistan, Bangladesh / IPB)  ~  Jika masih ada ~



Nasihat Maulana Abdul Aziz

1.       Apabila 5 perkara (Agama, Harta, Malu, Baik Akhlak, dan Pemurah) ada pada seseorang, maka dia adalah orang yang bersih dan takwa. Allah melindunginya dan terlepas dari syaitan.
2.       Turun hidayah melalui Mujahadah, Hijrah, Amal Sunnah dan Ikram.
3.       Cuci 4 perkara dengan 4 perkara:
§  Cuci wajah dengan Airmata
§  Cuci lidah dengan Zikir
§  Cuci hati dengan takwa
§  Cuci dosa dengan takwa
4.       Seseorang sampai kepada Allah melalui:
§  Jangan makan kecuali Lapar
§  Jangan tidur kecuali Mengantuk
§  Jangan cakap kecuali darurat/perlu
5.       4 Kebaikan mulut:
§  Diam
§  Senyum
§  Zikir
§  Dakwah
6.       4 Perkara Nur Hati melalui
§  Jaga takbiratul ulla dalam Solat Berjemaah
§  Jaga Solat Tahajud
§  Jaga Mata dari pandangan tak baik
§  Jaga Mulut daripada cakap tak baik
7.       4 Perkara bahaya mulut melalui
§  Gembira
§  Meratap
§  Marah
§  Ghibah
8.       4 Perkara datangnya takabur
§  Jadi Imam
§  Bayan
§  Khusussi
§  Tempat Rujuk
9.       Banyak ketawa menyebabkan
§  Keras hati
§  Hilang nur
§  Bunuh kekuatan rohani
§  Lupa pada Allah s.w.t

5 perkara Allah zahirkan bila usaha dakwah dijalankan :
1-      Muhabah
2-      Iz’zan (Kehebatan Islam) – orang kafir gerun lihat orang islam
3-      Doa makbul
4-      Segala makhluk khidmat untuk orang Islam
5-      Orang kafir jadi hamba orang Islam

Wallahulam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...