Sementara Masih Hidup.
Julai 2011, Assalamualaikum. Kejadian Alam ini dan seluruh makhluknya baik manusia mahupun jin adalah ciptaan Allah s.w.t. Langit yang tidak bertali mahupun tiang sentiasa berada diatas di tempatnya, dimana ia kehendaki oleh pentadbirNya. Lautan luas terbentang di muka bumi ini tidak pernah sekali kering sekeringnya. Matahari yang menyinar pagi dan terbenam di senja kala berkitaran untuk siang dan malam. Bulan terang di hening malam menemani tidur manusia ketika lena dibuai mimpi.
Bersyukur tidak terhingga lah kita pada yang Maha Esa keatas
segala pemberianNya. Adakala aku menangis, adakala aku
ketawa, dan adakala aku kerisauan serta ketakutan yang
teramat sangat. Kenapa? Kerana masih ada lagi tidak
mengetahui, tidak perasan, tidak faham, dan yang lebih
membimbangkan lagi, mereka yang buat-buat tak faham, tak perasan dan tidak pedulikan langsung. Bagi aku, ini lah nikmat terbesar yang Allah kurniakan pada hambanya, iaitu nikmat Iman, Takwa dan Hidayat. Tanpa ini, manusia tidak kenal erti hidup.
“Suatu ketika dahulu, ketika di zaman jahiliah, di saat itu, Saidina Omar rad. masih lagi belum memeluk islam, ketika nabi s.a.w masih belum lagi membuat usaha dakwah. Manusia hidup dalam keadaan zulmad, tidak ada pegangan agama hanya menyembah berhala dan berperangai buas. Apabila nabi s.a.w membuat kerja dakwah, manusia berubah, keadaan berubah menjadi aman dan tenteram. Tidak seperti dahulu lagi. Ini kerana Kalimah Agung Allah dan Agama yang kurniaNya yang disemat dalam hati manusia mengubah segalanya. Pada suata hari, sahabat nabi melihat Saidina Omar rad. adakalanya ketawa sendirian, dan adakalanya ketika beliau sedang solat, beliau menangis sehingga membasahi janggutnya. Apabila di tanya kepadanya kenapa? Beliau menceritakan kehidupannya ketika dahulu sebelum memeluk islam. Dahulu aku membuat tuhan ku dari tangan ku menggunakan roti. Lalu aku menyembahinya. Apabila aku lapar dan tiada makanan, aku memakannya satu persatu. Ini lah yang membuat aku tergelak kerana kebodohan aku ketika itu. Suatu hari aku dan isteriku dikurniakan anak, ketika itu aku keluar yang begitu lama atas urusan tertentu. Anakku adalah anak perempuan. Ketika zaman itu, jika sesiapa mendapat anak perempuan, anak itu akan dibunuh oleh bapanya sendiri. Ini kerana anak perempuan tidak sukai berbanding anak lelaki. Lalu isteri ku mendidik anakku seperti anak lelaki. Di pakaikan baju lelaki dan bermain di laman seperti anak lelaki. Apabila aku pulang kerumah, aku melihat anakku belari-larian leka bermain. Hati ku gembira. Suatu hari, aku membawa anakku keluar berjalan-jalan bersama ku. Dan ketika itu anakku ingin membuang hadas kecil. DAN ketika itu lah, aku menyedari bahawa anakku adalah anak perempuan. Dengan segera aku pulang ke rumah, aku menggambil cangkul dan terus membawa anakku ke suatu tempat. Aku menggali lubang sedalam-dalamnya. Apabila siap ku gali lubang itu, aku duduk seketika kepenatan. Anak kecil ku ini yang tidak ketahui apa-apa, bahkan belum lagi menggenali dunia ini, membersihkan janggutku, membuang debu-debu yang melekat di janggut ku. Lalu aku menggangkat anakku itu dan ku campakkan ke dalam lubang. Anak itu menanggis lalu memanggil ayah, ayah… ayah…. Aku sedikit tidak pedulikan tanggisan itu, dan terus ku kambur kembali lubang itu dengan tanah. DAN ketika itulah hingga saat ini, hati aku hancur sehancur-hancurnya, teringat senyuman anak kecil yang tidak berdosa, tangisannya yang bermain-main di ingatan ku. Itulah kehidupan aku ketika aku belum memeluk islam, kehidupan zulmad, zaman yang penuh kegelapan.”
Nabi s.a.w dan para sahabat telah membuat usaha dakwah keatas iman pada manusia, dan manusia tidak lagi seperti dahulu. Nikmat iman yang Allah s.w.t kurniakan pada hambanya masih dirasai sehingga ke zaman ini. Manusia kini mendabik dada dan berbangga dengan islam yang ada pada dirinya.
Akan tetapi, tahun demi tahun, hari demi hari, nikmat Iman dan Islam di rosakkan, di gauli, dan di cemari oleh orang islam sendiri. Mereka berpecah belah, menuduh satu sama lain, mengatakan diri mereka adalah benar. Dan lebih merisaukan lagi, mereka mensyirikkan atau menduakan Allah s.w.t dan tidak lagi mengikut kehidupan nabi s.a.w. Bahkan mereka menambah-nambah perkara yang nabi s.a.w sendiri tidak pernah lakukan dan mengubah-ubah hukum akam islam.
Pengalaman aku keluar bersama islam, banyak mengajar erti hidup. Amat panjang dan susah inginku ceritakan. Ini kerana, kefahaman hanya datang dari Allah s.w.t. Dengan hanya keluar di jalan Allah sahaja akan meng ‘islah’kan diri sendiri, tarbiah Allah akan turun, dan diri ini akan mula merasakan perlunya dia berada disisi penciptaNya sehingga kiamat. Suatu ketika, aku pernah dihalau oleh bangsaku sendiri dan lebih menyedihkan lagi, orang itu beragama islam. Aku bersama jemaah ku bukan meminta apa pun, cuma kami datang ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t dan ingin menghidupkan kembali antara sunah nabi s.a.w yang makin tidak kelihatan, dan ini adalah kerja yang dituntut kepada semua orang islam. Kami datang hanya ziarah menziarahi saudara islam, bertanya khabar, menceritakan sedikit kebesaran Allah s.w.t dan mengajak saudara itu ke masjid atau surau bila kelapangan masa. Inilah yang dikatakan suasana agama semakin pudar, dan digantikan suasana maksiat yang semakin menerangi hidup kemasyarakatan kini. Muda mudi, lelaki dan perempuan bergaulan tanpa batas, hiburan yang berleluasa dan bercanggah dengan syariat islam, batas aurat yang tidak dijaga, minum arak terang-terangan dan dibangga-bangga kan, laungan-laungan kotor, keji, lucah semakin kuat bahkan anak-anak kecil pun sudah mula melaungkannya, fahaman yang bercanggah dengan islam dan langsung tidak disukai oleh Allah s.w.t, Sunah-sunah nabi di hina kononya ia hanya untuk orang zaman dahulu, timbulnya puak-puak atau kaum-kaum yang kononnya menegakkan islam, tetapi ia sendiri memburukan islam dan menjadi gangsterisem dalam masyarakat.
Banyak masyarakat lebih rela hidup dengan keadaan sekarang, iaitu kemewahan dunia dan tidak rela hidup berlandaskan syariat islam. Aku pernah memberitahu seorang hamba Allah yang sibuk mengejar dunia (dunia duit dengan cepat “MLM”). Bahawa jika banyak mana harta pun, ianya tidak sedikit pun dapat menjawap persoalan “Mungkar dan Nangkir” nanti ketika di dalam kubur. Dan harta itu sedikit pun tidak di bawa masuk sekali. Malahan ianya akan di hisab satu persatu bila hari penghisaban dijalankan nanti. “Apa ingat hari kene hisab ni tak sakit ke??” kata ku. Di jawapnya hamba Allah ni dengan spontan dan tiada kerisauan, “Aku lebih rela hidup dengan duit dan berjaya dengannya, agama tu no 2. Dan aku rasa lebih berjaya dengan kedua-duanya sekali”. Ini lah kefahaman orang zaman sekarang. Kalau kita baca kisah para sahabat, semuanya miskin tidak berharta dan nabi s.a.w sendiri miskin tidak berharta. Kalau ada pun mereka infak dan habiskan ke jalan Allah s.w.t. Aku bukannya suruh kita semua jadi miskin, tetapi bersyukur dengan apa yang ada, dan banyak-banyakkan sedekah, amal jariah, bantu orang yang lebih memerlukan, infak di jalan Allah s.w.t dan bukannya membazir atau melabur dalam benda yang tidak ada faedah disisi Allah s.w.t. Kan lebih disukai Allah s.w.t jika hambanya, menghabiskan harta, umur dan masanya dengan perkara yang Allah s.w.t paling suka, dimana nabi dan para sahabat lakukan.
Sebenarnya banyak lagi pengalaman yang aku alami dan ini baru sedikit bagi ku. Semuanya aku perolehi ketika keluar di jalan Allah, Khuruj Fisabilillah (Tabligh). Ramai orang kata tabligh ni lagi tak betul, tinggal anak bini, menghabiskan duit sendiri dan adakalanya duit orang lain. Aku nak beritahu pada semua. Bagiku, tabligh ini bukan begitu, dan silap bagi mereka berfikiran begitu. Tabligh ni, dimana hamba Allah itu mencari jalan yang diredoi, meng “islah”kan diri, ditarbiah “CASH” oleh Allah s.w.t, dan kembali ke pangkal jalan (Bertaubat dan Beribadat). Dan disini lah aku mula banyak menangis dalam hidup ku hari demi hari mengingati dosa-dosa, mengingati hari mati ku, mengingati anak isteri ku, ibu bapa ku, keluarga, saudara, sahabat-sahabat, seluruh umat akhir zaman ini. Apakah aku dapat menjawap apabila dihadap dihadapan Allah s.w.t?? Orang-orang ini merana, mereka merana, ramai lagi umat di luar sana merana kerana tidak mendapat nikmat iman dan tidak diterima Allah s.w.t di penghujung mereka. Jadi bersyukur lah yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa apabila di beri Iman, Takwa dan Hidayat. Bagaimana hendak bersyukur? Adakah cukup dengan apa yang dilakukan itu? Adakah betul cara itu? Bolehkah kita mengatakan kesyukuran yang kita lakukan ini cukup? Aku sendiri tidak boleh menjawap. Tetapi apa yang boleh aku kongsi, apabila kita keluar di jalan Allah, yang mana ditunjuk oleh nabi dan para sahabat, ianya akan menerangi hati kita yang gelap, dan sendiri nanti akan mula merasai sesuatu keajaiban. Pengorbanan perlu ada, seperti mana dilakukan oleh nabi dan para sahabat. Mungkin ramai dikalangan kita mengatakan ini kerja gila. Tidak mengapalah, aku doa kan agar Allah s.w.t memilih mereka yang memerlukan dan seluruh umat akhir zaman ini dan juga diriku sendiri serta keluarga. Berdoalah, moga-moga Allah s.w.t memberi hidayat pada kita.
Aku memohon keampunan dari Allah s.w.t, atas kejahilan ku dan kesalahan ku, dan memohon maaf pada semua orang yang membaca dan mengikuti “Blog” aku ini. Yang baik datang dari Allah s.w.t, dan yang buruk juga daripada Nya atas kelemahan dan keburukan amalan ku.
Insyallah, Selepas Raya aku akan sambung bercerita dan berkongsi pengelaman Fisabillillah di Jalan Allah dalam “Blog” aku ini. Jazakumullah Khoairan.
P/s : Kepada sahabat-sahabat ku, baik yang berada di arena muzik, industri kerja kerajaan / swasta, dan sesiapa sahaja yang mengenali diriku ini, sempena bulan ramadhan ini, aku memohon keampunan dan maaf atas seluruh kesalahan aku selama ini. Jika aku berhutang dengan sesiapa, insyallah aku cuba selesaikan (jika masih hidup), jika tidak, aku doa kan moga Allah s.w.t gantikan ianya dengan kebaikan kelak nanti.
“Wahai sahabatku, cepat-cepatlah kamu beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t bermati-matian mulai sekarang. Mungkin korang tak nampak lagi atau tak faham lagi… tapi tolonglah, aku merayu… beriman lah, bertaqwa lah kepada Allah. Hentikan perkara-perkara yang langsung tidak berfaedah dan hanya mengundang neraka jahanam sahaja. Takut-takut nanti mati seseorang itu tidak akan diterima Allah s.w.t. Semua orang tahu bahawa ajal di tangan tuhan. Bila-bila masa sahaja kita boleh mati. JANGAN BUAT PERKARA YANG NABI SENDIRI TIDAK BUAT. Nanti tahun hadapan akan berlaku perkara yang besar. Aku sendiri, entahlah… tak tahu macam mana lah nanti nasib keluarga ku..
Ada satu hadis diriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
Pada bulan ramadhan terlihat tanda-tanda di langit, seperti tiang yang bersinar, pada bulan syawal terjadi satu malapetaka, pada bulan dzulqa’idah terjadi kemusnahan, pada bulan dzulhijjah para jemaah haji dirompak/diinaya, dan pada muharram, tahukah apakah muharram itu?
Rasulullah s.a.w juga bersabda :
Akan ada suara dahsyat di bulan ramadhan, huru –hara di bulan syawal, konflik antara perkauman pada bulan dzulqa’idah, dan pada tahun itu para jemaah haji dirompak/diinaya dan terjadi pergaduhan besar di Mina dimana banyak orang terbunuh dan darah mengalir di sana, sedangkan pada saat itu mereka berada di Jumrah Aqabah.
Rasulullah s.a.w juga bersabda :
“Bila telah muncul suara di bulan ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan syawal…” Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang berdiri jatuh terduduk, para gadis/wanita keluar dari pinggitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa bumi. Jika manusia telah melaksanakan solah subuh pada hari Jumaat ketika itu, maka masuklah kamu ke dalam rumah, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya (segala jenis lubang-lubang udara rumah), dan selimutilah diri kamu serta sumbatlah telinga kalian. Jika kamu masih atau merasakan adanya suara itu kedengaran, maka bersujudlah kamu kepada Allah s.w.t dan ucapkanlah : “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rob kami Al-Quddus!”, kerana barangsiapa melakukan perkara ini akan terselamat, tetapi siapa yang tidak, maka binasalah ia.
Masa dah singkat, jangan nanti terkial-kial dan akhirnya satu pun dah tak guna. Apa sahaja yang ada dalam dunia ini tidak berguna lagi, melainkan YAKIN BULAT KEPADA ALLAH DAN TAAT PADA PERINTAHNYA.
Moga kita berjumpa di akhirat kelak. ~ Jazakumullah Khoairan ~
________________________________________________________________________________
PROGRAM / AKTIVITI HARIAN HAZERIFF
Ogos 2011 | ||||||||||||
Ahad | Isnin | Selasa | Rabu | Khamis | Jumaat | Sabtu | ||||||
1 KL, N9, Ghast Tmn Jasmin, Tarawih | 2 N9, Ghast Tmn Cempaka 2, Tarawih | 3 KL, N9, Mesyuarat Markas, Tarawih | 4 N9, Ahliya Ziarah, Mesyuarat Halaqa, Tarawih | 5 N9, Tarawih | 6 N9, Taklim Masturad, Mlm Sabguzari, Tarawih | |||||||
7 Off Day. Khusussi Sahabat, Tarawih | 8 KL, N9, Ghast Tmn Jasmin, Tarawih | 9 N9, Ghast Tmn Cempaka 2, Tarawih | 10 N9, Mesyuarat Markas, Tarawih | 11 N9, Mesyuarat Halaqa, Tarawih | 12 N9, Tarawih | 13 3 Hari (Khuruj Fisabilillah), Taklim Masturad, Mlm Sabguzari, Tarawih | ||||||
14 3 Hari (Khuruj Fisabilillah) | 15 3 Hari (Khuruj Fisabilillah) | 16 N9, Ghast Tmn Cempaka 2, Tarawih | 17 10 Hari Masturad (Khuruj Fisabilillah) | 18 10 Hari Masturad (Khuruj Fisabilillah) | 19 10 Hari Masturad (Khuruj Fisabilillah) | 20 10 Hari Masturad (Khuruj Fisabilillah) | ||||||
21 10 Hari Masturad (Khuruj Fisabilillah) | 22 10 Hari Masturad (Khuruj Fisabilillah) | 23 10 Hari Masturad (Khuruj Fisabilillah) | 24 10 Hari Masturad (Khuruj Fisabilillah) | 2510 Hari Masturad (Khuruj Fisabilillah) | 26 10 Hari Masturad (Khuruj Fisabilillah) | 27 N9, Taklim Masturad, Mlm Sabguzari, Tarawih | ||||||
28 Off Day. Khusussi Sahabat, Tarawih | 29 N9, Tarawih | 30 Hari Raya Aidilfitri | 31 Hari Raya Aidilfitri |
KL = Kerja Penghataran sekitar Kuala Lumpur
N9 = Kerja Penghantaran sekitar Negeri Sembilan
Pengalaman :
- Nisab 2010 = 3 hari tiap-tiap bulan, 3 hari Masturat
- Azam tahun ini (2011) = 10 hari Masturat (Ogos), 40 hari dalam Negeri (September)
- Azam tahun depan = 40 hari Masturat, awal tahun (India, Pakistan, Bangladesh / IPB)
No comments:
Post a Comment