Nahmaduhu, wanusolim a'la rasulihi korim, am ma bak'
Assalamualaikum..
Artikel kali nie mengenai hukum hakam RIBA. aku google-google, hmm mcm-mcm cerita. Tapi kita sebagai umat ISLAM, seharusnya tahu Nabi saw telah mengUMUM kan dalam khutbah akhir beliau yang RIBA telah diharamkan sepenuhnya. Ini bermaksud, Allah swt telah melarang hamba-hambaNya sesiapa sahaja yang ada berurusan dengan sistem RIBA, BERDOSA BESAR. Maka ummat ISLAM kene lah belajar hukum hakam Agama / hukum feqah demi tidak terjerumus secara tidak sengaja mahupun dengan sengaja, perkara-perkara yang dilarang oleh Allah swt.
Renungkan-renungkan..
"Kejayaan Jin dan Manusia terletak sejauh mana ia TAAT PERINTAH ALLAH SWT, DAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW"
P.s - korang leh buat 'research' sendiri dlm internet. TAPI mesti rujuk kembali dengan ustaz-ustaz ataupun ustazah bagi kaum hawa.. Moga kita dapat manfaat dan yang penting hidup kita di redo' oleh rabb kita, ALLAH SWT.
Amin.
_________________________________________________________________________________
Perkara
Haram Dalam Perniagaan
Oleh: Abdul Muhaimin
Mahmood
Penolong Pengarah
Cawangan Muamalat dan Sosio Ekonomi (CMSE)
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jakim
Islam sangat menggalakkan aktiviti perniagaan.
Banyak ayat dan hadis yang mengalakkan dan menyokong aktiviti perniagaan.
Perniagaan juga dianggap sebagai punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah
SAW pernah bersabda dalam satu hadis bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang
daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia
mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah
dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi
memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi
keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.
Dalam Islam perniagaan dianggap sebagai satu
aktiviti yang sangat mulia. Ia merupakan ibadah dan juga sunnah rasul SAW. Bagi
mereka yang melaksanakan aktiviti peniaga dengan amanah, mereka turut
dijanjikan balasan syurga bersama para nabi, orang soleh dan syuhada’. Namun
demikian, sekiranya ia dilakukan luar dari batasan syariat Islam maka ianya
tidak lagi dianggap ibadat tetapi tetapi aktiviti yang boleh mendatangkan padah
kebinasaan baik di dunia dan akhirat.
Perkara yang diharamkan
dalam perniagaan
Sungguhpun aktiviti perniagaan dianjur dan
digalakkan dalam Islam, ia tidak bermakna manusia bebas menentukan tatacara
perniagaan tanpa ada prasyarat yang mesti dituruti. Bagi menjamin kemaslahatan
manusia terjamin dan terpelihara, Islam telah mengharamkan beberapa perkara
dalam aktiviti pernigaan. Antara perkara yang dilarang dalam aktiviti
perniagaan ialah:
1. Riba.
Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam
Islam. Orang yang menyatakan riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar
dari Islam, kerana riba adalah salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan
oleh seorang muslim yang disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah
tentang pengharamannya.
Dimaksudkan dengan riba ialah sebarang tambahan
dalam barangan tertentu (ribawi) dan tambahan di atas
hutang akibat penangguhan tempoh. Di dalam surah al-Baqarah, ayat 289
dirakamkan bahawa Allah dan rasul memerangi pemakan riba. Firman Allah,
mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang
yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. Oleh itu, kalau
kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka
ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya
kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang
sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan yang demikian) kamu tidak
berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (Surah
al-Baqarah: 289).
Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan
riba hendaklah dielakkan sepenuhnya. Peniaga yang baik dan diredhai Allah SWT
ialah peniaga yang mampu berniaga dengan berpandukan peruntukan syarak, bebas
dari sebarang bentuk riba sama ada dalam mendapatkan modal, membuat simpanan,
membuat pelaburan dan seumpamanya.
2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara
yang batil
Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut
serta tindakan megambil harta orang lain dengan cara yang batil (salah).
Megambil harta orang lain dengan cara yang batil dan salah ini boleh berlaku
dalam pelbagai cara dan bentuk seumpama mencuri, merompak, menipu, memperdaya,
judi dan seumpamanya. Sekiranya seseorang berkeinginan kepada barangan dan
sesuatu yang berharga pada milikan orang lain maka ia boleh mendapatkannya
melalui jalan perniagaan yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap sebagai
cara yang salah dan batil.
Pengharaman perbuatan seumpama memeras ugut dan
megambil harta orang lain dengan cara yang batil ini, jelas disebutkan dalam
sural al-Nisa ayat 29 mafhumnya: (Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,
judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara
suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama
sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihani kamu).
Ibnu Kathir dalam menafsirkan ayat ini
menyatakan bahawa Allah SWT melarang hambanya yang beriman dari memakan
harta sesama mereka dengan cara yang batil iaitu dengan pelbagai perbuatan yang
tidak syarie seumpama riba, judi dan seumpama dengannya dari pelbagai jenis
helah yang menjuruskan kepada riba (Ibn Kathir, Ismail bin Umar bin Kathir
al-Qurasyi al-Dimashqi, Tafsir al-Quran al-azim, Dar Thibah Lil Nashr wa
al-Taizi’, 1999/1420H, jld.2, hlm.268).
3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan
barangan.
Dalam keghairahan mempromosi dan menarik
pelanggan, pelbagai cara dan strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang
jualan. Sungguhpun perbuatan itu dibolehkan, namun sebagai perniaga yang
beriman mereka sewajarnya tidak alpa dan lupa bahawa Islam melarang sebarang
bentuk penipuan dalam pernigaan. Menipu ialah melakukan suatu helah untuk
kepentingan diri sendiri dan memudharatkan orang lain.
Pelbagai cara penipuan boleh berlaku dalam
aktiviti perniagaan seperti memalsukan tandatangan, menjual barang tiruan
dengan harga yang mahal dan menipu pelanggan dengan iklan-iklan yang palsu.
Termasuk juga dalam perbuatan menipu ialah
perbuatan bersumpah dengan nama Allah dengan tujuan melariskan barang jualan
seperti menyatakan “demi Allah, barang ini adalah paling murah dijual di kota
ini dan saya hanya menjual harga modal sahaja” sedangkan hakikat yang sebenar
adalah sebaliknya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى صُبْرَةِ طَعَامٍ
فَأَدْخَلَ يَدَهُ فِيهَا فَنَالَتْ أَصَابِعُهُ بَلَلًا فَقَالَ مَا
هَذَا يَا صَاحِبَ الطَّعَامِ ؟ قَالَ أَصَابَتْهُ السَّمَاءُ يَا رَسُولَ اللَّهِ
. قَال َأَفَلَا جَعَلْتَهُ فَوْقَ الطَّعَامِ كَيْ يَرَاهُ النَّاسُ مَنْ
غَشَّ فَلَيْسَ مِنِّي. أي : من غش فليس على دينيى الكامل. رواه مسلم
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abu
Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah melalui setimbunan makanan (yang dijual)
seraya memasukkan tangannya ke dalam timbunan makanan tersebut dan mendapati
jari-jemarinya basah. Rasulullah SAW bersabda, apakah semua ini wahai pemilik
makanan? Lelaki itu menjawab; makanan ini telah ditimpa hujan wahai Rasulullah
SAW. Seraya Rasulullah bersabda: kenapa tidak kamu jadikan yang basah itu
disebelah atas makanan agar manusia dapat melihatnya, barang siapa yang menipu
maka ia bukan dari agamaku (yang sempurna).
عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ
أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
إِيَّاكُمْ وَكَثْرَةَ الْحَلِفِ فِي الْبَيْعِ فَإِنَّهُ يُنَفِّقُ ثُمَّ
يَمْحَقُ. أيْ: فأن كثرة الحلف فى البيع قد يؤدي ألى رواج السلعة إلا أنه
بعد ذلك إلى يُزِيل الْبَرَكَتها.
Maksudnya:
Diriwayatkan oleh Abi
Qatadah al-Anshari, sesungguhnya ia telah mendengar rasulullah SAW bersabda,
awas kamu dari banyak bersumpah dalam berniaga. Sesungguhnya (kadang kala)
banyak bersumpah dalam berniaga boleh melariskan barangan akan tetapi selepas
itu ia akan menghilangkan barakahnya.
Berpandukan kepada dua hadis ini, sebagai
peniaga yang beriman dan berpegang teguh kepada ajaran agama ia hendahlah
mengelak dari sebarang bentuk penipuan dan banyak bersumpah dalam keghairahan
melariskan barangan jualan dan mendapat keuntungan daripadanya.
4. Rasuah.
Rasuah juga merupakan salah satu dosa besar
dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti
perniagaan. Sesetengah orang beranggapan rasuah/ duit kopi/ duit under-table ini adalah satu kemestian dalam perniagaan. Ini
kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali orang-orang
penting, membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang lebih luas,
memudahkan perjalanan projek dan dapat juga membantu memudahkan after sale
servis yang dijanjikan. Pendek
kata tiada apa yang tidak dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang
ringgit.
Setengah mereka berselindung dengan menukarkan
istilah rasuah itu dengan kata-kata lain seperti pertolongan/ bantuan/ hadiah/
sedekah dan seumpamanya. Sememangnya rasuah jauh berbeza dengan sedekah dan
hadiah. Rasuah adalah pemberian yang dibuat bertujuan untuk mendapatkan sesuatu
dengan cara yang salah atau bukan dengan cara yang sebenar. Sedekah pula adalah
pemberian yang dibuat dengan tujuan mendapatkan balasan pahala dari Allah SWT
semata-mata, sedangkan hadiah pula adalah pemberian yang dibuat dengan tujuan
mempereratkan lagi ikatan silatul rahim dan kasih sayang.
Rasuah kadangkala membawa keuntungan yang
berlimpah, namun mesti diingat bahawa ia juga akan menghakis keberkatan dalam
perniagaan, bahkan mereka akan mendapat laknat daripada Allah SWT. Dalam sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah,Rasulullah SAW bersabda:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعْنَةُ اللَّهِ
عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي.
Maksudnya:
Dari Abdullah bin Amru
katanya, Rasulullah SAW bersabda Allah SWT melaknat pemberi rasuah dan penerima
rasuah.
Gejala rasuah dalam semua situasi dan kondisi
termasuk dalam menjalankan aktiviti perniagaan adalah dilarang sama sekali
dalam Islam dan merupakan perbuatan haram lagi tercela. Sebagai peniaga yang
beriman, perbuatan terkutuk ini hendaklah dihindari agar keberkatan dan
kesejahteraan di dunia dan akhirat dapat dikecapi oleh semua.
5. Memonopoli barangan (ihtikar).
Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam
juga adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam. Monopoli barangan keperluan
sepeti gula, beras, minyak dan seumpamanya biasanya dibuat para peniaga agar
barangan keperluan berkurangan dipasaran dan hasilnya harga barangan tersebut
dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal. Dengan itu, perniaga akan
mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Perbuatan terkutuk ini adalah
dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan kemudharatan dan kesulitan kepada
masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan
rendah. Dalam satu hadis Rasullah SAW bersabda;
عن معمر أن النبي (ص) قال: " من احتكر فهو
خاطئ" . أى: فهو بعيد عن الحق والعدل. رواه مسلم.
Maksudnya:
Dari Ma’mar bahawa
Rasulullah SAW bersabda; Barang siapa memonopoli barangan (ihtikar) maka ia
telah melakukan kesalahan. Yakni ia telah tersasar jauh dari perkara yang
sebenar dan keadilan.
Menurut Ibn Taimiah dan muridnya Ibn Qayyim,
antara bentuk monopoli yang diharamkan juga boleh berlaku dengan cara para
perniaga bersepakat antara satu sama lain bagi menjual barangan dengan harga
yang lebih tinggi dari harga pasaran.
Hikmah diharamkan perbuatan monopoli ini adalah
bagi menolak kemudaratan atau kesulitan terhadap masyarakat umum. Para fuqaha
telah berijmak pendapat bahawa sekiranya seseorang mempunyai makanan yang tidak
ada pada orang lain; sedangkan orang lain sangat memerlukannya, maka dalam
situasi seumpama ini diharuskan bagi pemerintah untuk memaksa pemilik makanan
tersebut supaya menjual makanan yang berada dalam simpanannya. Tujuannya adalah
bagi menolak kemudaratan terhadap masyarakat. (Al-Banhawi, Mohd Abdul fattah, Fiqh al-Muamalat
Dirasah al-Muqaranah, Jamiah al-Azhar,
Tanta, 1999, hlm. 223)
6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan
timbangan.
Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam
perniagaan, Islam menuntut para perniaga bersikap amanah dan tidak mengaburi
mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti mengurangkan kadar timbangan dan
sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan tercela dalam Islam.
Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan timbangan ini,
perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.
Bagi menunjukkan hina dan tercelanya perbuatan
menipu dalam sukatan dan timbangan ini, Allah SWT telah menemplak peniaga
yang berbuat demikian di dalam surah al-Mutaffifin 1-3, mafhumnya:Kecelakaan besar bagi
orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan), Iaitu mereka yang
apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya
dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk
orang lain, mereka kurangi.
Terdapat banyak ayat yang memerintahkan agar
disempurnakan sukatan dan timbangan dalam aktiviti pernigaan. Antaranya firman
Allah dalam surah al-Isra’ ayat 35, mafhumnya: dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu
menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik
(kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik baik kesudahan (yang mendatangkan
pahala di akhirat kelak). Dalam surah al-Rahman ayat 9, Allah SWT berfirman, Maksudnya: dan betulkanlah
cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang
ditimbang.
Semua ayat tersebut memerintahkan agar
disempurnakan timbangan dan sukatan. Bahkan dalam surah al-Isra’ tersebut,
Allah SWT turut menjanjikan kesan dan kesudahan yang baik di dunia dan di
akhirat bagi mereka yang berbuat demikian. Namunpun demikian, wajar diingatkan
bahawa sekiranya perintah dan suruhan ini tidak diendahkan, ia boleh
menyebabkan turunnya bala dan azab Allah SWT, sebagaimana berlakunya terhadap
penduduk Madyan, kaum nabi Syuib.
7. Larangan membeli barangan yang dicuri,
diragut atau dirampas tanpa hak.
Sebagaimana dijelaskan bahawa Islam sangat
menggalakkan sebarang bentuk aktiviti perniagaan. Namun demikian, Islam
melarang dan menegah sama sekali sebarang bentuk transaksi jual beli yang
melibatkan barangan curi, ragut dan seumpamanya, kerana ia adalah sebahagian
dari bentuk tolong-menolong kepada dosa dan permusuhan, bukannya kepada
kebaikan dan ketakwaan. Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:
عن أبي هريرة ، عن النبي
صلى الله عليه وسلم أنه قال : « من اشترى سرقة ، وهو يعلم أنها سرقة ، فقد شرك في عارها وإثمها »
Maksudnya:
Diriwayatkan Abi
Hurairah, dari Rasulullah SAW, bahawa baginda bersabda: Barang siapa membeli
barangan curi, sedang ia mengetahui barang itu adalah dicuri, maka ia telah
berkongsi sama (dengan pencuri) pada aib dan dosanya.
Masalah ini adalah sama dengan keadaan orang
yang menjual anggur kepada pembuat arak, atau menjual senjata kepada orang yang
ia tahu akan menggunakannya untuk memudharatkan orang Islam. Jual beli dalan
situasi seumpama ini adalah haram kerana ianya seumpama menolong ke arah
berbuat dosa dan permusuhan. Perihal ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah
SAW:
ابْنَ عُمَرَ يَقُولُ قَالَ رَسُول ُاللَّهِ
صَلَّى اللَّه ُعَلَيْه ِوَسَلَّمَ لَعَنَ اللَّهُ الْخَمْرَ وَشَارِبَهَا وَسَاقِيَهَا
وَبَائِعَهَا وَمُبْتَاعَهَا وَعَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَحَامِلَهَا
وَالْمَحْمُولَةَ إِلَيْهِ
Maksudnya:
Ibnu Umar berkata: "Rasulullah SAW
bersabda, Allah melaknat arak, peminum, penghidang, penjual,
pembeli, pemerah, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa
kepadanya”
عَنْ عِمْرَانَ بن حُصَيْنٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"نَهَى عَنْ بَيْعِ السِّلاحِ فِي
الْفِتْنَةِ
Maksudnya:
Dari Imran bin Husain,
“Sesungguhnya Rasulullah melarang menjual senjata ditengah berlangsungnya
fitnah (perselisihan)”
Seumpama itulah juga, haram dan berdosanya
perbuatan menjual apa-apa barangan yang membawa kepada kerosakan akhlak dan
membantu kepada tersebar luasnya perkara yang keji dan hina seumpama fitnah dan
sebagainya.
8. Haram menjual najis.
Telah berlaku Ijma’ dikalangan fuqaha tentang
haramnya sebarang bentuk perniagaan barangan yang najis pada zatnya seperti
arak, babi, anjing, bangkai dan seumpamanya. Islam mengharamkan sebarang bentuk
perniagaan barangan najis ini kerana ianya boleh mendatagkan mudarat dan
kerosakkan dimuka bumi.
عن جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ
سَمِعْت ُرَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَامَ
الْفَتْح ِإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْع
َالْخَنَازِيرِ وَبَيْعَ الْمَيْتَةِ وَبَيْعَ الْخَمْر ِوَبَيْعَ الْأَصْنَامِ…
Maksudnya:
Dari Jabir bin
Abdullahkatanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada tahun
pembukaan kota Mekah, sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah mengharamkan
jual beli babi, bangkai, arak dan patung berhala.
Penutup
Demikian
adalah antara perkara-perkara yang diharamkan dalam aktiviti jual-beli atau
perniagaan. Kesemua larangan dan tegahan yang disebutkan di atas cukup
mencerminkan kesempurnaan dan kesyumulan syariat Islam. Semua perkara yang
haramkan ini adalah perkara yang boleh mendatangkan mudarat dan kesulitan
kepada manusia. Sekiranya semua manusia bepegang teguh dengan ajaran dan
panduan Islam, nescaya semua akan mendapat rahmat Allah SWT dan kesejahteraan
di dunia dan akhirat.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DAHSYATNYA DOSA RIBA
Hukuman Riba
Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 )
Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apabila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.
1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT :
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.
Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.
Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :
Ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT” ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)
Berkatalah Abu Hanifah rh pula :
Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi” (Rujuk Al-Majmu’, 9/391 )
Adalah menjadi fenomena yang amat malang bagi umat Islam, apabila mereka amat leka dan tidak ambil endah tentang besarnya dosa Riba. Justeru di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang menerangkan perihal besarnya dosa riba.
1. Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Firman Allah SWT :
Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan masih berdegil untuk meninggalkan saki baki riba dalam kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya.
Zahir ayat ini juga membayangkan peperangan itu juga berlaku sejak di dunia lagi, amat malanglah bagi seseorang dan pemimpin yang kurang mengambil endah akan hal ini.
Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :
Ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT” ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)
Berkatalah Abu Hanifah rh pula :
“Inilah
ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan” (Rujuk At-Tabari, Hamisyh
An-Naisaburi, 4/73)
Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya
: “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak
ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam
mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” ( Al-Jami’ Li Ahkam
Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )
Berkata Imam Qatadah rh :
Berkata Imam Qatadah rh :
“
Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya
dimana sahaja mereka berada” ( at-Tabari, 3/72 )
Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Allah SWT berfirman :
Ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 )
2. Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-
Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Allah SWT berfirman :
Ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 )
2. Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-
Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat dengan riba adalah dengan mudah hilang dan habisnya harta dari pemilik dalam bentuk yang tidak berfaedah, sehinggalah ia akan merasa miskin dan faqir (walaupun ia mempunyai wang yang banyak), antaranya juga harta tadi akan menjadi sebab ringanya pemilik untuk melakukan maksiat, kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, hilanglah sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba. Ia juga bakal di timpa ujian harat yang banyak, seperti di rompak, curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih maqbul ( Az-Zawajir ‘an ‘iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami, Dar al-Ma’rifat, Beirut, 1982 , 1/224) . Sabda Nabi SAW dari Ibn Mas’ud r.a :-
Ertinya
: “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia
akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ;
Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath
al-Bari, 4/399 )
Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a : Ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)
3. Seperti
Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)
4. Lebih Berat dari 36 Kali Zina.
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )
5. Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :
Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bersambung...
Lagi info yang boleh di renung-renungkan :-
- PDF info dari seorang hamba Allah
wallahualam
No comments:
Post a Comment