Dalam kehidupan seharian, kita banyak dihadapkan dengan
peralatan yang memberi kemudahan kepada kita. Tetapi adakah kita ambil tahu
tentang peralatan tersebut halal atau sebaliknya? Antara perkara yang akan saya
sentuh adalah peralatan berkaitan dengan berus seperti berus cat rumah, berus blusher,
berus cat lukisan dan sebagainya. Jom kita tinjau berus yang berunsurkan bulu
khinzir atau babi.
Kebanyakan berus yang murah dari China diperbuat
daripada bulu khinzir. Ini kerana terdapat ciri-ciri khas pada bulu tersebut
menyebabkan ia begitu popular dijadikan berus untuk mengecat, mewarna dan
membersihkan rumah.
Ciri-ciri bulu khinzir:
Bulu yang rimbun dihujungnya (lebih tepat hujung bercabang).
Boleh diubahsuai dengan bahan kimia untuk menjadi lembut atau keras. Susah
tertanggal dan jatuh atau cepat rosak. Senang didapati berbanding bulu haiwan
lain.
Bulu khinzir atau khinzir hutan dipanggil "Bristle" kerana
bentuk mereka yang keras dan kasar. Hujung bulu khinzir ini mempuyai sifat yang
unik iaitu hujungnya akan bercabang (split ends). Bristle daripada
wilayah Chungking China adalah yang terbaik untuk digunakan untuk mengecat.
Manakala berus bulu kambing atau biri-biri banyak digunakan
untuk kaligrafi. Hujungnya tidak bercabang seperti bulu khinzir. Bulu kambing
atau biri-biri ini mempunyai hujung yang tajam.
Maha suci Allah telah menjadikan bulu khinzir berbeza dengan
haiwan yang lain dan inilah salah satu hikmah disebaliknya - agar umat Islam
dapat membezakannya. Namun masih ramai yang tidak mengetahuinya oleh kerana
sebahagian besar daripada kita mengambil sikap acuh tidak acuh dalam hal kecil
seperti ini. Walaupun ia kelihatan kecil tetapi kesannya begitu besar kepada
diri kita tanpa kita menyedarinya.
Jadi, mulai hari ini berhati-hatilah dengan peralatan yang
berasakan bulu. Insyallah dengan izinnya,semoga kita semua sentiasa dilindungi. ~amin~
Sumber artikel dari halaqa.net
No comments:
Post a Comment