Tuesday, August 20, 2013

ALLAH UJI SIKIT, JANGAN TERUS CABUT LARI

Innalhamdalillahi nahmaduhu, wanusolli a'la rasulihil karim,
amma ba'du


Assalamualaikum..

21 Ogos 2013. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT, kerana telah memberi saya masa untuk bertaubat, beramal dan ber DAKWAH (sunnah yang terbesar) walaupun terpaksa mengharungi dunia panca roba ini atau senang kata, akhir zaman (fasha mungkar). Allah SWT telah letak kejayaan saya, tuan-tuan, semua jin dan manusia hanya pada AGAMA, sejauh mana kita TAAT PERINTAH ALLAH SWT DAN IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW.

Berikut adalah sebuah artikel luahan dari hati seorang sahabat dalam jemaah kepada semua manusia tak kira bangsa, agama, pangkat atau darjat..

BERIMAN LAH SEPENUH HATI KEPADA ALLAH SWT DAN BERAMAL SOLEH SERTA IKUT CARA NABI SAW SAHAJA, BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT. Selain cara nabi TIADA KEJAYAAN!!!..

TINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG ALLAH SWT MURKA DAN PATUH PADA PERINTAH NYA SERTA LARANGAN NYA. MARILAH SAMA-SAMA KITA "AM BIL MAKRUF, NAHIL ANIL MUNGKAR". HANYA DAKWAH CARA NABI SAW SAHAJA YANG BENAR DAN DISUKAI ALLAH SWT.

INGAT!!! CARA NABI SAW SAHAJA BERJAYA DUNIA AKHIRAT!!!!

Banyakkan baca sirah nabi saw serta para sahabat rad, kerana mereka telah berjaya, mereka lah orang-orang terdahulu yang telah mendapat jaminan dari ALLAH SWT, syurga balas nya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



"SAYA selalu berdoa... Ya Allah jangan Engkau bagi hidayah kepadaku, kemudian Engkau tarik semula hidayah itu," cerita bekas penyanyi utama kumpulan rock Kamikaze, Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, 35. Beliau memilih jalan berdakwah selepas tujuh bulan berhijrah dan meninggalkan dunia hiburan. Walaupun dari kecil berkecimpung dalam dunia seni yang menjanjikan pendapatan mewah setiap bulan, namun baginya ia tidak memberi apa-apa makna. .
Semasa saya mula-mula hijrah saya tidak tahu saya kena dakwah, jadi saya meletakkan tanggungjawab itu atas ulama dan pendakwah atau orang berilmu. Jadi apabila saya jumpa ustaz-ustaz mereka menegaskan semua orang Islam wajib berdakwah.
Jadi saya baru tahu "alamak ye ke?". Ustaz yang mengajar saya memberitahu saya ramai peminat, bagi tahu mereka. Sekarang ini Alhamdulillah, mana-mana program yang mengundang saya sudah tahu sasaran saya adalah orang muda.
Menurut Ustaz berkenaan, orang muda ramai kenal saya sebab orang tua tak ramai yang tengok tv. Mudah-mudahan kalau golongan ini tengok dan peminat saya sebelum ini mungkin berfikir "kalau orang berubah kenapa aku tidak boleh berubah?".
Dalam ceramah-ceramah yang saya ikuti pun saya selalu ingatkan para jemaah, saya bukan ustaz, tetapi saya sedang belajar dari semasa ke semasa. Saya selalu ingatkan perkara yang melibatkan hukum hakam, perlu dirujuk kepada orang yang betul tahu.
Ini kerana kita yang masih baru, bimbang juga hujah yang kita bagi tidak tepat. Sudahlah zaman sekarang ini semakin ramai orang yang sesat. Kita hendak sesatkan lagi pula? Bahaya tu!
Ramai artis kita berhijrah. Saya sudah berdialog dengan Wardina Safiyyah, Catriona Ross dan terbaru Irma Hasmie. Dan mereka mengakui tidak pandai cakap apatah lagi bercakap soal agama.
Apabila lihat kita bercakap atas kemampuan kita sendiri dengan menceritakan pengalaman kita bukannya berkaitan hukum hakam. Ramai yang seronok, sebab kita berkongsi pengalaman kita kepada peminat-peminat, dan mungkin selepas ini Allah pula bukakan hati peminat-peminat ini untuk sama-sama ke jalan Allah...
Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan saya dan diri ini, bahawa dugaan dan cabaran kita berdakwah hari ini adalah terlalu sedikit, amat berbeza dengan rintangan yang dilalui oleh Rasulullah dan sahabat baginda.
Jangan mengeluh! Kalau kita kena tangkap atas sebab apa sekali pun, itu adalah ujian Allah Taala. Jangan bila nak berdakwah... Allah uji sikit sahaja, terus kita cabut lari. Kita berpegang kepada sirah Nabi. Walaupun ada rintangan, kita masih boleh menyampaikan dakwah dengan terang tidak payah sembunyi-sembunyi.
Saya berpendapat apa yang dialami oleh Bob Lokman itu tidak akan menjadi penghalang untuk artis terus berdakwah. Yang penting kita berserah dan berdoa kepada Allah Taala. Macam Abg Bob sendiri dia dah tahu dan dia berserah 100 peratus kepada Allah Taala, dan apa yang berlaku selepas ini pun itu kehendak Allah.
Saya yang duduk dalam hiburan ini rasa macam-macam sanjungan, hinaan, dan keji. Akhirnya kita tahu mereka kutuk kita pun kita tidak dapat apa!
Begitu juga kalau kita dapat sanjungan baik dapat anugerah atau pengiktirafan, tetapi tidak ada apa-apa makna untuk Allah Taala. Sekarang ini, orang tidak nampak kita buat ibadah dan apa yang di suruh yang penting Dia tahu.
Dia hendak hargai apa yang kita buat. Sebab itu, saya tegaskan apa yang saya buat sebelum ini adalah silap. Kita minta orang yang hargai kita bukannya Allah Taala. Kalau dulu kita ajar, dan tak berterima kasih, kita akan marah. Sebenarnya tidak perlu. Sebab kita adalah perantaraan Allah Taala.

sumber dari Hj Md. Hasnam



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...