Saturday, December 13, 2014

Adakah Kuasa Mampu Mengubah segalanya


Gambar himpunan serba puteh dan bersih

Ketika Rasulullah Saw mula berdakwah secara terang-terangan, ramai manusia yang mulai memasuki Islam. Maka ketika itu, kaum Quraisy pun menjadi tidak senang lalu mengutus ‘Utbah bin Rabi’ah untuk memujuknya. ‘Utbah bin Rabi’ah berkata kepada Rasulullah Saw,

Jika engkau mahu kedudukan, maka kami akan menjadikanmu sebagai tuan kami, sehingga kami tidak akan memutuskan suatu perkara tanpamu. Jika engkau mahu kerajaan, maka kamu akan menjadikanmu sebagai raja kami.” (Hadis Riwayat Muslim)

Walaupun begitu keadaan tawaran yang diberikan kepada Rasulullah Saw, beliau tetap menolaknya.Seterusnya, berkenaan kisah Raja Najasyi (Ashama bin Bahr), Raja Habsyah yang memimpin kaum Nasrani di sana. Walaupun beliau telah memeluk Islam, dan berada di tampuk pemerintahan, namun dia tetap tidak berupaya untuk mengubah keadaan masyarakatnya dengan kuasa yang dimilikinya.


Teguran kepada pemimpin tidak sama caranya dengan teguran kepada rakyat biasa.

Kesimpulannya,Usaha yang dilakukan dengan cara nabi Saw sahaja yang boleh mengubah struktur sesuatu masyarakat,iaitu mengabungkan 2 usaha iaitu dakwah dan ibadat.
 Allah Swt berfirman :“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang salih, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang- orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah" (QS Al-Fussilat 33)

Allah Swt menjadikan dakwah adalah untuk takziah(mensucikan diri dari sebarang kesyirikan dan dari sebarang sifat-sifat mazmumah) untuk umat Islam dan dengan itu akan datang sifat terpuji dalam diri orang Islam.


Semoga Allah memberikan hidayah dan pertunjuk kepada pemimpin2 kita dan seluruh ummah(teringat adik DS Muhiyiddin Yasin ketika beliau keluar jemaah Jalan Kaki di tempat aku)

Khalifah bukan Perdana Menteri atau Presiden

Khalifah bukan sama seperti jawatan Presiden atau Perdana menteri,Saidina Abu Bakar r.hu telah untuk melakukan kerja yang telah dilakukan oleh baginda Saw.Saidina Abu Bakar r.hu adalah orang pertama yang mengantikan Rasulullah Saw dan seluruh tanggungjawab Rasulullah Saw telah dipikul oleh beliau.Suatu jawatan yang tidak diingini oleh beliau sendiri,tetapi beliau telah di pujuk oleh beberapa orang sahabat r.hum untuk menerimanya.



sumber dari : http://wirapendang.blogspot.com/ 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...