Tuesday, February 15, 2011

Jor Halaqa Senawang, Negeri Sembilan 2011

Assalamualaikum,

Selasa, 15 Februari 2011 atau 12 Rabi'ul Awal 1432 H, adalah hari kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. 

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.
Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Ok, tadi nie serba sedikit mengenai Maulidur Rasul. Dalam masa yang sama, Jor untuk Halaqa Senawang juga diadakan di Surau Taman Seri Pagi, Senawang Negeri Sembilan. Halaqa-halaqa tempat lain pun ada juga Jor, cuma tidak pasti dimana. Pembayan untuk Jor Senawang kali nie ialah daripada Jemaah 40 hari yang sedang bergerak di senawang.


Aku masa tue datang dah lewat. Jor bermula pada jam 10pagi. Aku datang 11.15pagi. Jor tangguh pada waktu zohor dan selepas waktu zohor, ada la majlis makan-makan. Alhamdullilah, aku sempat juga dengar dari seorang pembayan nie. Nama dia Abdul Razak atau Cikgu Razak dari Melaka. Beliau merupakan salah sorang syurah di Melaka. Dan doa hidayat pun disempurnakan oleh beliau juga.

Cikgu Abdul Razak


Haa, time Makan!!


Haa, tu Tuan Asri, karkun Pinggiran Senawang sedang laju menuju ke tempat Ta'am



Ustaz Hambali pun ada...!



Abg Nasir, Ustaz Rahim pun ada...













Begini laa Jor di Senawang. Alhamdullilah, program berjalan dengan selamat dan jayanya atas keizinan Allah s.w.t.


Semoga kita berjumpa lagi dengan Izin Allah.

Wasalam, Jazakallah.

Thursday, February 3, 2011

Ijtimak Tongi 2011, Bangladesh

Sepanjang kehidupan aku, aku belum pernah hadiri mana-mana Ijtimak mahupun kuliah-kuliah agama. Tapi setelah aku mendapat usaha agama (setelah Allah memilih aku), inilah buat yang terulung kali atau yang pertama-tamanya Ijtimak yang dapat aku hadiri. Aku terlalu gembira dan TERAMAT-AMAT bersyukur kepada illahi. DAN TERPENTING SEKALI, AKU TERAMAT BERSYUKUR KERANA ALLAH MEMILIH AKU DAN MEMBERI AKU PELUANG SEKALI LAGI UNTUK AKU TEBUS DAN KERJAKAN SEBENAR-BENAR KERJA HAMBA ALLAH IAITU DAKWAH. Air mata ku tak pernah putus-putus mengalir memikirkan perkara ini... Sungguh kerdil aku... ALLAH AMPUNKAN DOSA KU, KEKALKAN LAH USAHA INI DALAM HATI KU, DAN PELIHARA LAH IMAN AMAL KU.. Ya ALLAH, Amin.

Ok, mari kita sambung balik cerita pengembaraan aku ke ijtimak 2011. Kalau aku lihat diri aku pada masa tu, sememangnya tak layak aku pergi. Tapi, itu aku yg cakap. Mana tak nya, satu sen pun aku tiada. Tetapi seingat aku laa, pada masa aku mula mencari kebenaran, masa tu hujung tahun 2009, sahabat aku pernah cerita-cerita pasal ijtimak di KLIA malaysia . Terus keesokan hari aku cari pasal ijtimak KLIA tu dalam internet. Memang ada pun.Dalam youtube pun ada.. Ok, bila jer tau sikit-sikit, aku pun berdoa suatu hari aku nak pergi ijtimak ni.
Pada masa tu, aku baru jer lepas dari kehidupan aku yang serba jahil. Kira baru "refresh" laa.. masa tu aku belum tau lagi usaha agama. Sahabat aku tu, dia bukan karkun. dia cuma orang biasa. dialah yg syor kan aku bercampur dengan jemaah. entah,? jemaah masjid kot maksudnya. Jadi aku pun rajin-rajinkan diri ke masjid. Di sana aku belaja solat yang betul dan lain-lain. Apabila aku dah tau nak solat taubat & hajat, malam-malam aku pun solat taubat dan hajat. Hmm.. hajat pertama aku ialah IJTIMAK.

Jadi, ingatlah. Allah sememangnya mendengar segala doa-doa dari hambanya. Dan Allah maha menentukan. Aku masa tu memang berfikir yang, tak mungkin doa ku dapat di makbulkan. Siapalah aku..
Tetapi aku silap, dan aku memohon keampunan dan bertaubat kepada ALLAH.


 Ni gambar masa dalam "Flight". Adalah dalam 30minit baru berlepas.









View,view yang menarik bagi ku.







Masa ni, aku rasa masih di malaysia lagi.. aku tak tau kat atas negeri mana tah nie..
 nie pun sama.. masih dalam malaysia
 haaa... masa nie dah bye, bye malaysia...
nie laa penerbangan yang aku ambik... hmmmm










Ni laa Airport di Dhaka, Bangla. Hazrat Shah Jalal.



Korang pernah tengok cerita P.Ramlee? ada satu cerita yang dia belakon kat airport subang KL.. haa suasana bangunan dan insfrastruktur bangunan pun sama macam tu. Senang cerita, mereka negara miskin. TETAPI aku tetap kagum.. ALLAH MAHA BESAR.. haa nanti aku ceritakan..




Nie muka orang yang baru sampai airport dan kene beratur kat kaunter imagrasen



Ni laa jemaah aku yang hadir ke istimak. Sebenarnya ada sorang lagi. tapi entah kemana.. dia suka jejalan skit...










 Ni keadaan di airport. Aku dengan jemaah aku tengah tunggu istiqbal. diorang tengah sediakan transport iaitu bas. ramai laa, satu dunia katakan...
 keluar dari airport
 keadaan di luar airport
masa ni dah lepas maghrib. kami berhenti seketika di masjid istiqbal untuk solat maghrib sebelum meneruskan perjalan.
Ni laa keadaan di bandar mereka di malam hari..


pernah lihat?? ni laa bas awam diorang.. masih wujud lagi.


masa nie kami dah sampai dan dah lepas dari medan. masa ni tengah nak menuju ke pintu masuk untuk "foreign".










Setiba di khemah / kawasan "foreign", kami diberitahu oleh jemaah yang lain, bahawa tempat untuk tidur dah penuh. jadi kami di syor kan itikaf kat tempat ta'am. Allah hu akbar!


Suasana di ta'am apabila ada jemaah dah mula turun untuk makan malam.
Sebenarnya ni ta'am untuk "foreign" sahaja. kalau local dengarnya tiada... wallahualam


Hmmm.. sempat berposing dengan orang khidmat. Aku respect habis dengan orang khidmat sepanjang istimak tu berjalan sehingga habis.. kenapa.. nanti aku ceritakan kendian..


Masa ni pulak jam dah pukul 2/3 pagi. aku tak berapa perasan. yang aku tahu, masa nie suhu dah turun entah berapa.. SEJUK NYAA!!! aku bernafas dah berasap..perhhh... selimut 3-4 lapis pun masih sejuk lagi, mengigil...







Di siang hari selepas waktu solat sunat duha lebih kurang jam 10-11pagi, aku ke pasar. kira macam uptown gak.. aku pergi bersama jemaah aku. ada laa beli sikit-sikit. aku pegi cuma berbekalkan RM25 jer.. kuasa Allah, Allah yang bagi.











Sempat jugak aku berposing..






















Ni laa plan kawasan isitimak. mengikut pandangan aku dari atas bangunan (bilik air 2 tingkat) dan beberapa view dari tempat lain, luas kawasan ini boleh dikatakan sebesar 3-4 stadium bukit jalil atau 2 kali ganda besar dari nilai 3. ramainya, subahanallah.. lebih 4 juta..












View.. view





 Berposing diatas bilik air 2 tingkat
kawasan bilik air..
Masa ni kalau tak silap aku Maulana Zubir



Ni laa medan.. ramai nyaa















Masa ni aku kat dalam khemah bahagian jemaah malaysia. haa tu dia mutajim kami..












Ni time-time nak balik dah.. ni dalam kawasan airport, kawasan "boarding". boring gak tunggu "flight".



Tengah boring-boring, posing-posing la skit.. hmmm



kat sini laa besi yang dikatakan boleh terbang tu akan parking..



Haa.. ni laa dia... dah sampai dah... kene tunggu lagi laak... dia nak isi minyak

Akhirnya selamat kami berlepas..
lihat bertapa hebat kuasa Allah...
aku menangis masa nie...

ALLAH MAHA BESAR!!!












Apa yang aku belajar :-

Bila, aku sampai jer di Dhaka, aku dilihatkan oleh Allah bertapa daif nya negara ni. Kalau nak tahu, suasana kampung atau kawasan perumahan mahupun bandar dia, macam baru jer berlaku peperangan. Tetapi mereka yang islam tak putus-putus memberi salam...
Di ijtimak, aku kagum dengan khidmat diorang. Tak putus-putus kerja, yang cai laa, nasi laa, lauk laa.. macam-macam. tambah lagi karenah dari beribu-ribu orang dan jemaah. paham-paham je la bila time makan, semua mintak-mintak.. yang khidmat tetap berkhidmat dengan penuh "Jaws"!! senyum dan sabar.
Aku sempat bertanya kat diorang. diorang cakap, "kami kerja dengan Allah, kamu makanlah seberapa banyak yang kamu mahu.. doa kamu dah makbul, zikir kamu dah makbul..., Allah bagi kamu makan.. makanlaa makan..." perhhh
dan banyak lagi yang aku belaja... kalau aku nak share, rasanya meleret-leret cerita... tapi cukup laa, Insyallah, ada karkun menasihatkan aku untuk lebih berkorban lagi, berazam dan banyak berdoa. Agama Allah ni luas dan dikatakan tidak akan habis sehingga akhir kalam. Cuba bayangkan sebuah negara yang daif mampu menganjurkan ijtimak dunia yang tetamunya dikatakan 4juta. Tapi aku tengok lebih dari itu... subahanallah, ALLAH MAHA BESAR!!..

Sekian, sampai sini sahaja coretan yang tak semana dari aku..

Wasalam, Jazakallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...