Assalamualaikum..
Setelah agak sekian lama,
lebih kurang 1bulan lebih aku tak menulis atau “posting” dlm blog aku nie,
Alhamdulillah kini aku dapat juga menulis beberapa coretan atau pengelaman yg
di tempuhi. Insyallah, moga dapat aku sedar dan belajar apa yg ditunjuk dan
ikitbar pada kawan-kawan semua. (huhu, ada ker yang baca blog aku nie…)
Alhamdulillah, pada hujung tahun 2012, Allah swt telah kurniakan
zuriat pada keluargaku. Isteriku melahirkan anak buat pertama kali dalam
keturunan keluarga isteriku mendapat kembar. Kami dikurniakan kembar lelaki.
Syukur kepada Allah swt yang tidak terbalas dari kami, hambanya.. Anak kembarku
Alhamdulillah sihat. Aku namakan mereka sempena nama cucu Rasululah saw,
Muhammad Hassan dan Muhammad Hussin.
Pada awal tahun 2013, aku telah berhenti kerja sebagai
pemandu lori atas alasan yg tertentu. Yg pasti kedua-dua pihak tidak bersalah.
Anggaplah diri aku ini yg membuat keputusan sendiri. Dalam ketika itu,
rintangan demi rintangan aku lalui. Di sini lah antara yg aku dapat belajar,
hmm.. mungkin pepatah inilah yg sesuai ketika ini, “Bila senang, kita ramai kawan, TETAPI bila susah, baru kita kenal
siapa kawan kita sebenar”.
Akan tetapi, mungkin inilah
kifarah dosa-dosa ku. Mereka tak bersalah, yg bersalah adalah diriku sendiri.
Bersyukur kepada Allah yg tak terhingga dari hambanya ini, dan hambanya ini
redo’ dan akur tunduk pada Mu, Ya Allah.. hamba mu ini hidup semata-mata kerana
Mu, Ya Allah.. mencari keredo’an Mu di dunia dan akhirat..
Sebenarnya, hati dan jari jemari ku ini berat nak posting
mengenai luahan atau masalah yg di harungi. Macam tak sesuai.. sebab apa-apa
masalah atau kegembiraan, kita ajukan pada yang Maha Esa.. bersyukur padanya..
memuji-mujiNya.. menyembahNya.. Allah swt. Moga gambar-gambar yang aku posting
nie dapat menceriakan keadaan dan di fahami. Dan juga menjadi salah satu faktor
asbab DAKWAH.
P/s : Alhamdulillah, ada
kawan-kawan ku yang dah berubah. Berubah ke jalan yang lurus. Moga di kekalkan
hidayat oleh yang Maha Esa kepada hamba-hambanya.
(keep on dakwah, fb ke twitter ke, face to face ke.. keep on dakwah)
JOM KITA POLISH IMAN
KITA!!! (Jgn lupa, friend with me on gmail)