Friday, April 15, 2011



Cara terbaik menjaga Komputer & Notebook


Ramai sahabat-sahabat ana mahupun orang-orang biasa, banyak menanyakan soalan yang sama apabila bercerita pasal komputer. Contohnya:
-          “Macam mana nak jaga komputer dengan baik?”
-          “Komputer aku lembab, macam mana nak kasi laju/normal balik?”
-          “Komputer aku macam kene virus laa, macam mana ekk??”
Hmm, ni laa pertanyaan yang banyak ana dapat sepanjang 17 tahun dalam dunia IT ni. Walaupun penghujung tahun 2009 ana stop mengambil tahu pasal IT secara mendalam, tetapi rasanya ana boleh menjawap soalan-soalan tersebut (berdasarkan teori ana).
Ok, perkara pertama ana nak syorkan pada komputer baru.
1)   Kalau anta semua baru beli komputer (generasi sekarang), pastikan komputer itu di lengkapi dengan hanya 1 antivirus sahaja. Dan ianya “updated” (virus pattern). Pastikan seminggu sekali “update” antivirus tu menggunakan internet. Bagi yang gunakan Windows 7, off kan Windows Defender punya online update atau off kan terus function ni. Sebab ianya sama seperti antivirus. Boleh cari dalam control panel.
2)   Apabila anta melayari internet, jangan sesekali terpedaya dengan iklan-iklan yang menawarkan ganjaran-ganjaran / skim-skim kaya dan menang hadiah. Sudah pasti ianya meminta anta untuk klik padanya. Ini kerana ianya adalah program/application yang boleh membuka pintu-pintu sekuriti komputer anta. Dan ini akan mendedahkan komputer itu boleh dicerobohi oleh virus.
3)   Pada kaki-kaki “Games”, pastikan jangan terlalu banyak install games dalam komputer anta. Cukup 2-3 games dahulu. Itupun lambat nak habis atau nak game kan.. Walaupun ruang hardisk besar, game-game zaman sekarang dah boleh install kesemuanya (file-file games) ke dalam komputer itu tanpa memasukkan cd game apabila nak main. Kalau dulu nak kene letak cd baru boleh main game tu.
Games zaman sekarang juga banyak pakai memory dan yang lebih di khuatiri lagi, ianya banyak guna file “Crack”. File crack ni bermaksud game tu dah di “Hack”/godam file-file nya untuk senang di install atau erti kata lain, cetak rompak punya games. Mereka yang gemar main games pasti tahu perkara ni.
File crack ni juga kadang-kadang mempunya Trojan/virus untuk membolehkan games itu berfungsi.  Jadi, berhati-hati.
4)   Kalau anta seorang graphic designer, pastikan pemilihan komputer adalah sangat tepat. Anta kene pastikan memory/ram tinggi, processor tinggi yang sesuai dengan graphic (kalau dulu-dulu, AMD terbaik untuk graphic), ruang hardisk besar, dan yang penting sekali Graphic kad.
5)   Dan yang terakhir syor dari ana ialah, cuba jangan rojakkan komputer anta dengan cara penggunaannya. Maksud ana, jangan la buat komputer itu semuanya boleh run. Contohnya, komputer tu la untuk main game, komputer tu la main internet, komputer tu la nak buat graphic design, komputer tu la buat assignment dan  pendek kata, semuanya boleh la.
Bukannya tidak boleh, tapi nanti komputer itu akan jadi lembab dan mudah system crash (hang). Kalau nak juga, kene la tahu lebih terperinci keupayaan komputer anta.

Ok, bagi mereka yang dah ada komputer dan dah biasa gunakan komputer, ni syor ana.
1)   Pastikan hanya guna 1 antivirus dan ianya updated (virus pattern). Ana suka guna Avast. Sebab dia ada boot time scan. Boot time scan agak kuat untuk detect virus dan remove virus tersebut.
2)   Bagi pengguna Windows XP, sila off kan windows update anta. Ni sebab windows xp dah tiada lagi service pack (dah obsolete, tiada support). Kalau yang guna pirate OS/windows, terus off kan windows update. Sebab langsung tak berguna. Ini akan menyebabkan mereka (windows) akan lock system dan system akan jadi lembab.
Cara nak off kan: Klik start > control panel > system > windows update.
3)   Sentiasa off kan function Wifi bagi komputer yang ada function ini. Jika nak guna baru on kan.
4)   Sama juga dengan Bluetooth. Nak guna baru on, kalau tak guna, off kan.
Ini semua untuk kurangkan penggunaan memory semasa system startup (membolehkan komputer itu start cepat sikit).
5)   Gunakan 1 software registry cleaner untuk membersihkan dan membaikpulih registry file. Registry file ni agak penting, sebab ianya merupakan tulang belakang bagi OS/windows tersebut. Ana syor guna Amust Registry Cleaner.

Ok, untuk penjagaannya senang sahaja, galakkan seminggu sekali run antivirus (scan & remove). Lepas tu, gunakan registry cleaner untuk baik pulih system windows. Dan last sekali defrag la hardisk anta. Function defrag ni agak lama sikit bila running kan nya. Tetapi keputusannya, prestasi komputer anta nanti agak memuaskan. Function defrag ni ada dalam, Klik start > all program > accessories > system tools > disk defragmenter. Pastikan bila run ni semua off kan function screen saver dan power saving. Klik start > control panel > display.

Bagi komputer yang dah bermasalah (dah kene virus dan dah lembab), ana syor anta run program ni, “ComboFix”. Software ini agak kuat untuk remove macam-macam masalah komputer walaupun ianya khas untuk remove spyware dan virus. Ana dah guna software lebih 2 tahun. Cara nak run kan software ni senang. Download kedalam komputer anta dan run kan. Nanti, next, next, next sahaja. Kalau nak terperinci, boleh baca guide yang developer tu sediakan. Berkemungkinan selepas run software ni, antivirus anta dah tak function. Ana syor anta reinstall kembali antivirus. Kalau yang guna Avast tu, boleh off kan sebelum run software ni. Caranya right klik kat icon avast di dalam taskbar (sebelah jam), dan cari function disable avast/ disable real time protection.
Bila dah buat semua ni, terus lakukan langkah no 5. Dan lepas tu defrag la komputer anta. Insyallah prestasi komputer anta akan meningkat sedikit atau mungkin memberangsangkan.

Ana meminta maaf kerana menggunakan bahasa yang rojak. Ana rasa senang bila menggunakannya. Sekian, Jazakallah.
Selamat Mencuba!!





PROGRAM / AKTIVITI HARIAN HAZERIFF

Jumaat  1/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di Sbn
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
·         9mlm - 10mlm  - Khusussi sahabat lama
Sabtu  2/4/2011
·         7ptg - 9mlm  - Malam Markas (Rahang)
·         9mlm - 11mlm  - Bersama Abg Ujang (Pancor)
Ahad  3/4/2011
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
·         9mlm - 11mlm  - Bersama Abg Ujang (Pancor)
Isnin  4/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di KLCC
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
·         9mlm - 11mlm  - Bersama Abg Ujang (Pancor)
Selasa  5/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM
·         7ptg - 9mlm  - Ghast 2 (Surau Al-Amin)
Rabu  6/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di KL
·         7ptg - 9mlm  - Malam Mesyuarat Markas (Rahang)
Khamis  7/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Isi Air di Sbn dan kerja-kerja ofis (Senawang)
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1 (Baca Yasin)
·         9mlm - 11mlm  - Mesyuarat Halaqa (Seri Pagi, Senawang)
Jumaat  8/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di Sbn
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
Sabtu  9/4/2011
·         7ptg - 9mlm  - Malam Markas (Rahang)
·         9mlm - 11mlm  - Bersama Abg Ujang (Pancor)
Ahad  10/4/2011
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
·         9mlm - 10mlm  - Khusussi sahabat lama
Isnin  11/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Isi Air di Sbn dan kerja-kerja ofis (Senawang)
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
Selasa  12/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di KLCC
·         7ptg - 9mlm  - Ghast 1 (Mohala Cempaka 1)
Rabu  13/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM
·         7ptg - 9mlm  - Malam Mesyuarat Markas (Rahang)
Khamis  14/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di Sbn
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1 (Baca Yasin)
·         9mlm - 11mlm  - Mesyuarat Halaqa (Seri Pagi, Senawang)
Jumaat  15/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Isi Air di Sbn dan kerja-kerja ofis (Senawang)
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
·         9mlm - 10mlm  - Khusussi sahabat lama
Sabtu  16/4/2011
·         7ptg - 9mlm  - Malam Markas (Rahang)
·         9mlm - 10mlm  - Khusussi sahabat lama
Ahad  17/4/2011
·         2ptg - 5ptg  - Bangi (Perjumpaan Heldrasil)
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
·         9mlm - 10mlm  - Khusussi sahabat lama
Isnin  18/4/2011

·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di Sbn
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
·         9mlm - 11mlm  - Bersama Abg Ujang (Pancor)
Selasa  19/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di KLCC
·         7ptg - 9mlm  - Ghast 2 (Mohala Taman Teratai)
Rabu  20/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM
·         7ptg - 9mlm  - Malam Mesyuarat Markas (Rahang)
·         9mlm - 11mlm  - Bersama Abg Ujang (Pancor)
Khamis  21/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Isi Air di Sbn dan kerja-kerja ofis (Senawang)
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1 (Baca Yasin)
·         9mlm - 11mlm  - Mesyuarat Halaqa (Seri Pagi, Senawang)
Jumaat  22/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di Sbn
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1
Sabtu  23/4/2011
·         Keluar 3 Hari di Jalan Allah (Khuruj Fisabillillah) bersama Jemaah Ampangan.
Ahad  24/4/2011
·         Keluar 3 Hari di Jalan Allah (Khuruj Fisabillillah) bersama Jemaah Ampangan.
Isnin  25/4/2011
·         Keluar 3 Hari di Jalan Allah (Khuruj Fisabillillah) bersama Jemaah Ampangan.
Selasa  26/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di KLCC
·         7ptg - 9mlm  - Ghast 1 (Mohala Cempaka 1)
Rabu  27/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di SHAH ALAM
·         7ptg - 9mlm  - Malam Mesyuarat Markas (Rahang)
·         9mlm - 11mlm  - Bersama Abg Ujang (Pancor)
Khamis  28/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Menghantar Air di Sbn
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Mohala Cempaka 1 (Baca Yasin)
·         9mlm - 11mlm  - Mesyuarat Halaqa (Seri Pagi, Senawang)
Jumaat  29/4/2011
·         8.30pg - 5ptg   - Isi Air di Sbn dan kerja-kerja ofis (Senawang)
·         7ptg - 9mlm  - Ikram Jemaah Senawang (keluar 3 hari)
Sabtu  30/4/2011
·         7ptg - 9mlm  - Malam Mesyuarat Markas (Rahang)
·         9mlm - 10mlm  - Khusussi sahabat lama




MALAM MARKAS (MASJID RAHANG)

Begini la rupanya Malam Markas di Masjid Rahang untuk seluruh Negeri Sembilan Darul Khusus. Malam Markas ini merupakan dimana kaum lelaki akan beriktikaf seminggu sekali (sekiranya mampu) di markas. Ianya juga Majlis Bayan atau Majlis Magrifah.


Cikgu Mat Amir sebagai Pembayan malam ini.








Kepentingan Umum (Istimaei)
·         Ada hubungan rumah kita dengan Mohala
·         Mohala dengan Markas
·         Markas dengan Markas Dunia (Masjid Nizammudin India)
·         Markas Dunia dengan Masjid Nabawi
·         Masjidil Nabawi dengan Masjidil Haram
·         Masjidil Haram dengan Baitul Makmur
Kepentingan Individu
·         Diri kita dengan Amir Mohala
·         Amir Mohala dengan Amir Markas
·         Amir Markas dengan Amir Dunia
·         Amir Dunia dengan Rasulullah s.a.w
·         Rasulullah s.a.w dengan Allah s.w.t
Kelebihan Malam Markas (Sabguzari)
·         Allah mudahkan kita untuk membuat dan meneruskan usaha ini
·         Dapat mengamal agama dalam diri dan keluarga
·         Allah selamatkan 7 Keturunan kita
·         Merapatkan hubungan dalam Jemaah
·         Suapaya Allah kekalkan kita dalam usaha ini
Tujuannya
·         Dapat menghubungkan amal dan usaha kita dengan amal usaha seluruh dunia supaya hidayat dapat tersebar setiap masa
·         Mendapat kekuatan untuk berusaha selama seminggu
·         Memastikan setiap saat ada usaha ini dan ada hubungan dengan Allah s.w.t

Wallahulam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...