Friday, January 11, 2013

Ada Apa Pada Nama? : Isu Nama Allah


Nahmaduhu, wanusolim a'la rasulihi korim, am ma bak'

Assalamualaikum..

Artikel kali ni saje jer aku POSTING yang ini. Biar kita semua ambil iktibar. Bila aku baca, memang keadaan sekarang SUNGGUH MERUNCINGKAN!!!..   Bukan sekadar pada isu KALIMAH, bahkan pada diri orang ISLAM SENDIRI... 
Kene lak tengah malam nie, aku dengar salah satu Kuliah Ustaz Azhar Idrus (Hidup yang Sementara),.. Inilah kata setengah Ulama', sekarang adalah zaman KEROSAKAN UMMAT / FASHA DAN MUNGKAR..

Moga-moga, kita semua dapat hidayat Allah swt, dan bermula lah Azam kita yang baru iaitu "TAAT PERINTAH ALLAH AZAWAJALAH, IKUT CARA NABI MUHAMMAD SAW".

P.s - Ingat!!.. jangan azam kosong jer.. mula lah sedikit-sedikit bagi yg tak mampu (sedikit-sedikit tinggalkan perkara mungkar / larangan Allah, gantikan dengan perkara yang Allah swt suka).

Amin.



Seminggu dua minggu ini di akhbar Arus Perdana, stesyen T.V tempatan malah berlebih lagi di internet hampir kebanyakan blogger politik pasti membincangkan berita sensasi berkaitan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Malaysia.


Ada di kalangan ulama kita yang menyokong dan ada di kalangan ulama yang menentang. Ustaz Harun Din , Ustaz Zaharuddin dan juga Ustaz Zamihan menentang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Malaysia. Manakala Ustaz Asri Zanul Abidin mantan Mufti Negeri Perlis serta beberapa orang ustaz-ustaz aliran Salafi Wahabi pula menyokong penggunaan kalimah ‘Allah’. Masyarakat awam jadi keliru, rata-rata memperkatakannya di masjid dan surau juga tidak ketinggalan di kuliah-kuliah di setiap masjid dan surau pasti isu ini disentuh oleh penceramah-penceramah agama. Malah di warung-warung kopi juga tidak ketinggalan memperkatakannya. Yang jelas orang awam menjadi keliru. Yang mana satu yang benar dan yang mana satu yang tepat?

Karkun-karkun yang biasanya tidak menyentuh persoalan politik semasa namun turut juga terheret memperkatakan isu yang sensitif ini. Yang menyedihkan ada di kalangan penulis blog politik Tanah Air turut mengutuk ulama yang tidak sefaham dengan pandangan mereka. Sebagai contoh ada di kalangan ustaz juga salah seorang penulis blog mengutuk Ustaz Harun Din dengan digelar sebagai ‘Ulama Kepala Lutut’. Ini amat menyedihkan gara-gara kalimat ‘Allah’, ulama telah dihina sebegitu rupa. Ringkasnya kita bertengkar dan bergaduh sesama Islam sedang pihak Kristian ke hulu ke hilir memikirkan bagaimana dakyah mereka boleh sampai kesasaran masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Di dalam kesibukan kita bercakaran sesama sendiri, mereka masuk kelorong-lorong sekitar taman-taman perumahan melihat bagaimana strategi mereka terhasil. Beberapa hari yang lalu sekumpulan beberapa orang asing yang berwajah ‘Mat Salih’ beserta beberapa orang lelaki dan perempuan tempatan (Cina dan India) dengan pakaian seperti ‘Nun’ masuk ke taman perumahan sekitar Senawang ,Seremban berjalan ke lorong-lorong yang tidak diketahui maksudnya. Namun gelagat mereka mencurigakan penduduk setempat. Apakah ini sebahagian daripada perancangan strategi mereka?

Ini lah yang menyedihkan. Kita masih lagi sibuk berdemontrasi dan berceragah namun disebaliknya pihak musuh memasang strategi tersembunyi. Di dalam situasi kemerosotan iman di kalangan masyarakat kita dengan berbagai kejadian trajis yang saban waktu terpapar di akhbar tempatan. Remaja-remaja yang telah runtuh akhlak dan moral dengan berbagai maksiat, dari tangkapan khalwat malam Tahun Baharu di hotel-hotel baget sampailah kepada amalan zikir ‘Black Metal’. Namun kita masih lagi mencari penyelesaian dengan demostrasi jalanan serta bergeseran sesama sendiri memberi hujah demi hujah membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh penganut Kristian di Malaysia.

Kita berteriak agar Islam jangan dihina dengan penggunaan kalimat 'Allah' namun amalan asas agama masih lagi tercicir di dalam masyarakat kita. Kehadiran untuk Solat Suboh di masjid dan surau masih lagi boleh dikira dengan jari. Amalan bangun untuk Solat Malam dalam masyarakat hampir-hampir hilang. Yang bangun hanya beberapa kerat sahaja untuk menadah tangan di waktu Sahur dengan diiringi tangisan memohon keampunan kepada Allah atas kelalaian umat.

Penulis tidak bermaksud menghina dan mengondem mereka-mereka yang berdemostrasi namun itulah hakikatnya apa yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita. Kelemahan kitalah yang menyebabkan musuh mengambil kesempatan atas ruang-ruang yang ada.
Bila British datang menakluki India suatu masa dulu, ribuan masjid telah di roboh dari Selatan India sehinggalah ke Utara India. Sepanjang perjalanan dari kawasan Selatan India pasti kita akan melihat dengan jelas kesan-kesan masjid yang diroboh. Menurut penduduk setempat sejumlah 2 ribu masjid telah diroboh oleh British di Selatan India, yang berbaki sekitar 2 ratus sahaja. Namun ketika itu masyarakat setempat memperkemaskan amalan masjid mereka sehingga menyebabkan ribuan kaum Hindu memeluk agama Islam. Ini terbukti apabila penulis sendiri pernah berada di sana pada tahun 1992. Ketika itu sekitar 9 buah kampong Hindu yang penduduknya telah memeluk agama Islam. Ianya satu kejutan buat pemerintah India ketika itu.

Ketika seorang Superintendent British di Delhi mengistiharkan bahawa Al-Qur’an di dalam simpanan masjdi-masjid di Delhi dibakar, Jutaan naskah Al-Qur’an yang berjaya dikumpulkan dan dibakar dikawasan awam di Delhi yang mana mendatangkan kemarahan Masyarakat Islam ketika itu. Namun tidak ada tindakan demontrasi oleh mereka di jalan-jalan. Apa yang ada, mereka memperkemaskan madrasah ‘Hafizul Quran’ seluruh India. Ketika acara pembakaran Al-Qur’an dilakukan oleh Superintendent British berkenaan, datang seorang Maulana yang telah tua beserta cucunya yang berumur sekitar 6/7 tahun mencabar Superintendent British berkenaan dengan katanya, “Tuan! Kamu boleh membakar jutaan naskah Al-Qur’an, namun tuan boleh lihat sekarang ini.” Ketika itu beliau meminta cucunya membaca beberapa lembaran Al-Qur'an melalui hafalan dan cucunya membaca dengan begitu lancar sekali sehingga memberi kesan pada mereka yang berada di situ.Lanjutnya beliau terus mencabar Superintendent British berkenaan dengan katanya, “ Tuan boleh membakar jutaan Al-Qur'an namun tuan tidak akan boleh membakar Al-Qur’an yang berada di dalam dada anak-anak kami.”

Lihat di sisi kita sekarang ini, apakah tindakkan yang kita ambil sekarang ini jalan terbaik memelihara kehurmatan kalimah ‘Allah’? adakah dengan demostrasi dan pembakaran 3 buah gereja satu jalan terbaik bagi meninggikan kalimah ‘Allah’? Namun dalam waktu yang sama kalimah ‘Allah’ itu hilang dari dada orang-orang Islam sekarang ini. Kehebatan kalimah itu pun telah lama hilang di hati kita.


Firman Allah swt, :

“Sesungguhnya orang-orang yang benar-benar beriman adalah mereka-mereka yang apabila disebutkan KALIMAT ALLAH gemetar hati-hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah (kuat) iman mereka. Dan hanya kepada tuhan mereka, mereka bertawakal.”    (Al-Anfal : 2)


Inilah sifat yang ada kepada sahabat Nabi saw ketika ayat ini diturun. Miski pun ketika itu masyarakat Arab Jahiliah mengakui Allah sebagai pencipta mereka, alam dan sebagainya. Ringkasnya mereka menggunakan kalimat ‘Allah’ ini di dalam perbualan mereka malah jika mereka bersumpah atas perkara yang berat dan hebat pasti mereka akan bersumpah dengan menggunakan kalimat ‘Allah’. Ini terbukti sebagaimana kata-kata Ubai bin Khalaf ketika bersumpah di hadapan pembesar Quraish. Semua ini tidak merubah amalan, akidah dan pegangan sahabat terhadap Islam. Malah Islam mendatangi hati-hati pemusuh Islam sehingga mereka berduyun-duyun memeluk agama Islam.

Saudara-saudaraku semua renunglah sejenak. Marilah kita kembali semula kepada amalan awal umat ini di dalam membentuk generasi Islam yang utuh. Kembali kepada amalan DAKWAH sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi saw dan sahabat rhum.


Wallahu’alam









Thursday, January 10, 2013

Fadhilat / Kelebihan Bersugi


Nahmaduhu, wanusolim a'la rasulihi korim, am ma bak'

Assalamualaikum..

Artikel atau topik kali ini saja aku nak posting pasal BERSUGI. Pernah satu ketika sedang kawan aku bersugi, jirannya berkata.. "apa tu?" jawap kawan aku "sugi makcik, sunnah nie". Terus makcik tu
jawap "isk pengotor laa korang nie, busuk" dengan muka selamba makcik tu blah..
Kononnya "old fesyen".. sekarang moden... 

Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan Allah swt, moga-moga kita mendapat iktibar dari artikel yang aku nak bagi ni.. Insyallah, dengan izin Allah swt, kita dapat kekuatan untuk amalkan dalam kehidupan harian kita dan sampaikan pada orang yang tersayang dan orang lain.

Amin.





  • Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.
  • Bersugi hukumnya adalah sunat dan masanya ialah bila-bila masa tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang, ketika hendak membaca Al-Quraan dan ketika berubah bau mulut.
  • Dihukumkan makruh bersugi apabila telah gelincir matahari ( masuk waktu Zohor ) bagi orang yang berpuasa , sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “ Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah s.w.t. itu lebih harum daripada kasturi “. ( Riwayat Muslim ) 
  • Pada pendapat Imam Nawawi r.a.h bahawa tidak makruh bersugi bagi orang yang berpuasa sama ada telah gelincir matahari atau belum gelincir matahari.
  • Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti kayu arak( siwak ), rotan manggar kelapa dan lain-lain.
  • Hadith Rasulullah s.a.w. tentang bersugi :
  1. Dari Aisyah r.a.h. “ Sesungguhnya Nabi s.a.w. telah bersabda bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya “. ( Riwayat Baihaqi )
  2. Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda “ Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “. ( Riwayat Ahmad )
  • Cara perlaksanaan bersugi hendaklah dengan tangan kanan dan dimulakan dengan sebelah kanan mulut dan terus dilakukan atas langit-langit mulut dengan perlahan-lahan serta ke atas gusi dan gigi.
  • Di antara kelebihan bersugi ialah :
  1. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. ( Riwayat Muslim )
  2. Dapat menambahkan akal.
  3. Dapat mencerahkan mata.
  4. Melambatkan tumbuh uban.
  5. Dapat menggandakan pahala.
  6. Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .
  • Sekiranya tidak dapat bersugi pada tiap-tiap waktu yang dituntuti hendaklah ia bersugi sekali dalam sehari.
  • Di antara sebab-sebab sembahyang orang yang bersugi itu lebih afdhal dan lebih besar fadhilatnya kerana ia akan mendatangkan lebih khusyuk sembahyangnya serta dapat memelihara pergaulan yang baik di dalam jemaahnya semasa sembahyang dengan bau mulut yang bersih dan harum serta cahaya gigi yang segar .

( Rujukan Kitab - Kitab Matla’al Badraian – Syeikh Daud Fattani )





Soalan

Adakah penggunaan berus gigi pada zaman sekarang menyamai fadhilat menggunakan siwak?Harap penjelasan daripada ustaz.

Jawapan

Terima kasih kepada yang bertanya.Sabda Baginda sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Hurairah radhiyallahu anhu:
Quote
لو لا أن أشق على أمتي لأمرتكم بالسواك عند كل الصلاة

Maksudnya: Kalaulah tidak menjadi keberatan kepada ummatku, maka aku akan mewajibkan bagi mereka bersiwak setiap kali ingin menunaikan solat.


(hadis riwayat Bukhari no.847, Muslim no.252, Abu Daud 1/11, al-Baihaqi 1/35)

Berdasarkan hadis ini, penggunaan siwak adalah merupakan perkara sunnah. Ini kerana syarak sangat-sangat menekankan perkara ini. Siwak merupakan perkara yang dituntut di dalam semua keadaan. Lima keadaan yang sangat-sangat dituntut kepada seorang Muslim untuk bersiwak ialah :


1. Ketika ingin menunaikan solat

2. Ketika sedang berwudhuk

3. Ketika gigi berubah menjadi kekuningan

4. Ketika ingin membaca al-Quran (sebagai adab yang dituntut)

5. Ketika berubah bau mulut disebabkan bangun daripada tidur ,meninggalkan makan, terlalu lama berdiam diri,atau memakan sesuatu yang mengubah bau mulut seperti petai, jering, bawang dan lain-lain yang berbau.

Waktu yang makruh untuk seseorang berpuasa (samaada sunat atau wajib) untuk bersiwak menurut Mazhab al-Imam Syafie ialah selepas tergelincir matahari. Tetapi menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, tidaklah menjadi makruh kepada seseorang yang berpuasa untuk bersiwak walaupun setelah matahari tergelincir.

Saya masih belum menjawab persoalan yang ditanyakan. Baiklah sebelum itu sama-sama kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan siwak.

SIWAK DAN MAKSUDNYA


Siwak menurut istilah syarak ialah penggunaan kayu siwak atau yang seumpama (seperti berus gigi pada zaman sekarang)dengannya bagi membersihkan gigi dan apa-apa yang berada disekitarnya seperti lidah dan gusi bagi menghilangkan kesan , bau makanan dan sebagainya yang mengubah bau mulut.

Jika kita perhatikan dengan baik maksud siwak menurut syarak, maka secara langsungnya berus gigi yang digunakan pada zaman sekarang juga termasuk di dalam penggunaan siwak.
Hatta para ulama Islam membahaskan adakah boleh seseorang tersebut menggunakan hujung kain yang kesat bagi bersiwak. Para ulama mazhab Syafie menyebutkan bahawa perkara ini juga boleh dianggap bersiwak.

BERSIWAK MENGGUNAKAN JARI


Menggunakan jari sendiri untuk bersiwak tidak dianggap sebagai siwak menurut syarak.Menurut al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah, menggunakan jari sendiri dan jari orang lain yang terputus(dengan syarat jari tersebut kesat) untuk bersiwak adalah dikira bersiwak menurut syarak. Tetapi menurut al-Imam Ramli rahimahullah, menggunakan jari sendiri dan jari orang lain yang tidak terputus juga boleh dianggap bersiwak(dengan syarat jari tersebut kesat).

KESIMPULAN


Jelaslah bagi kita segala perkara yang kesat maka ianya boleh digunakan untuk bersiwak. Sebaiknya kita mengambil cara baginda sallallahu alaihi wasallam bersiwak iaitu dengan menggunakan kayu uud yang banyak terdapat di pasaran sekarang. 

Perlu diambil perhatian, siwak memerlukan niat ketika kita menggunakannya. Jika kita tidak berniat untuk mengikut sunnah maka perkara tersebut tidak akan beroleh fadhilat dan pahala.Menurut al-Imam Syamsuddin al-Ramli rahimahullah, jika siwak dilakukan bersama perkara ibadah yang lain seperti ketika berwudhuk dan ingin mendirikan solat, maka tidak lagi perlu berniat ketika itu.

Wallahu a’lam



sedikit info kebaikan bersugi kepada "ummat moden" (kitalah tu..)

bersugi menggunakan kayu sugi byk kebaikannye sbb geseran kayu sugi dgn gigi menghasilkanelektron2 yang menyebabkan gigi menjadi bersih. sbb itulah.. walaupun gosokan itu tdak sampai keseluruhan bahagian gigi, ion2 ini bertindak antara satu sama lain dan membawa gelombangnye keseluruh gigi.

gigi akan lebih kuat dan sihat + lebih bersih.

"Satu satunya cara untuk membersihkan pencemaran pada gigi ialah dengan mengalirkan perturakan caj elektron. Elektrostatik boleh dijana melalui cara gosokan.

Kayu sugi yang biasa digunakan untuk mengosok gigi didapati mempunyai penjanaan elektron yang banyak apabila digosokkan.
Liang kayu sugi mempunyai geometri yang seragam. Ia dipenui dengan elektron apabila digetarkan melalui gosokan. Elektron ini sungguh bertenaga sehingga memustahilkan bakteria boleh berada di dalamnya.

Elektron terhasil melalui ruang jisim yang bergeometri yang digetarkan melalui gosokan atau tekanan


Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang disosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus.

Walaupun anda hanya menggosakkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tesebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat.

Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menggalkan plak dengan sendiri, insya Allah.

Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan garham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang dan tersebut perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan. "


sumber: attitude therapy       http://rawatankesihatan.com/2008/10/rahsia-saintifik-kayu-sugi.html



saya masa mula dgr info ni.. rasa terharu sgt.. Rasulullah itu bersifat "FATONAH"
Kalo zaman sekarang selepas kajian demi kajian saintifik baru kita tahu kebaikan bersugi guna kayu sugi. tapi Rasulullah dh nmpak kabaikan ni berkurun lama.

 



cume kite yg tak berapa nk ikut sunnah Nabi (nasihat kpd diri saya juga)
tapi kita sekarang ni.. kalo doktor cakap, kalo saintis cakap, kita baru dtg yakin n terbuka minda. tapi kalo Nabi cakap.. xde mcm xde mende jer...

tulah hakikat iman kita. tak mcm sahabat dulu2.. ape Nabi kata, tak banyak soal dah. taat saja dAN BUAT.
tak perlu bukti2 saintifik n kajian2..

ape yg Nabi buat tu semua baik n utk kbaikan kita.
tidak perlu kita persoal.

wallahua'lam


info-info dari internet (halaqa.net, dll)





Tuesday, January 1, 2013

Isyarat ke Wisel Penamat!! (KIAMAT)


Komen dari pemilik blog :-

Nahmaduhu, wanusolim a'la rasulihi korim, am ma bak'

Moga-moga dari video ini dapat menginsafkan diri ini dan kalian semua. LAPANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK TONTON VIDEO NI!!! Jika dunia kita boleh lapang-lapangkan... kenapa tidak AGAMA???

Kalau pergi berjalan-jalan, holiday, shopping dan lain-lain manis DUNIA boleh manusia berjam-jam menghabis masa sia-sia... kenapa tidak 45 minit untuk tonton video ini susah sangat atau langsung tidak boleh.. Ini lah keadaan manusia akhir zaman...

Jangan terlewat... jangan sampai kita di sembahyangkan, dengan bekalan akhirat tiada atau tidak diterima..

JANGAN TUNGGU-TUNGGU!!!!

Wallahu a'lam







Original and credit to   on 9 Disember 2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...