Sunday, April 27, 2014

Imam Abu Hanifah Dan Terompah Kayu



al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu. Satu hari ketika beliau sedang berjalan, tiba-tibaternampak oleh beliau seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan memakai kasut kayu.

Beliau seraya menegur budak tersebut dengan mengatakan : ” Wahai budak, jaga-jaga dengan kasut kayumu itu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti “

Budak tersebut mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Budak itu tiba-tiba bertanya : “Wahai Tuan, siapakah nama tuan?”

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab : “Namaku Nu’man ” “Oh, rupa-rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A’dzam ( Imam Yang Sangat Hebat) itu?”budak itu bertanya kembali kepada al-Imam Abu,Hanifah.

al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :  “Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya”

Budak itu lalu menjawab : “Wahai Imam, janganlah engkau sampai tergelincir ke dalam api neraka disebabkan gelaranmu itu, aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanya di dunia semata-mata.. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam neraka Allah taala lantaran angkuh dan berbangga-bangga”

Menangis al-Imam Abu Hanifah rahimahullahu anhu mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil tersebut.

Allahu Allah..Moga kita juga dapat mengambil akhlak dan peribadi al-Imam Abu Hanifah al-Imam al-A’dzam ini… 

Terima Kasih atas baik sangka orang kepada kita.


P/s :- Pesanan khas utk diri ku ini.. (komentar)




Thursday, April 24, 2014

Thursday, April 17, 2014

Kemunculan Dajjal Semakin Hampir

Kemunculan Dajjal Semakin Hampir. Rasanya semua menyedari tentang fenomena alam yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Mungkin bagi kalangan orang bukan Islam ianya hanya sekadar fenomena alam yang biasa tetapi bagi umat Islam yang beriman ianya merupakan petanda demi petanda tentang hari akhirat yang ditunjukkan Allah SWT agar umat Islam tidak lalai dengan melakukan maksiat dan kemungkaran di muka bumi ini.



Masihkan anda ingat pada penghujung tahun 2013 iaitu bulan Disember 2013, di mana Allah telah turunkan musibah merupakan banjir besar di seluruh Pantai Timur termasuk Johor dan sebulan selepas itu, kita pula dikejutkan dengan cuaca yang sejuk yang melampau di kawasan – kawasan di Perlis, Terengganu dan Kelantan yang mencatatkan cuaca yang begitu sejuk tidak seperti kebiasaannya. Begitu juga dengan negara Arab, sehinggakan turun salji seperti yang diberitakan berlaku di Yaman, Syria, Mesir,Saudi dan lain-lain yang menghadapi cuaca yang sejuk sehingga turunnya salji. Tidak lama selepas itu, musim kemarau atau musim panas melampau yang berpanjangan berlaku sehinggakan kita diseru untuk membuat Solat Istiqsa’ untuk memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan yang tidak pernah dilakukan oleh kita sebelum ini. Selepas itu, musim bunga yang cantik pula berlaku terutama di negeri Kedah.
Tanpa disedari sebulan demi sebulan demi sebulan perubahan cuaca berlaku secara mendadak dan ianya merupakan peringatan demi peringatan yang telah Allah SWT berikan. Namun kita tidak sedar apa sebenarnya yang berlaku kepada bumi kita.

Kemunculan Dajjal Semakin Hampir

Jika dikaji semula dalam kitab-kitab tentang apa sebenarnya perkaitan antara cuaca yang panas melampau dengan akhir zaman, akhirnya kita akan temui ianya terkait dengan turunnya Dajjal.. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan iaitu 3 tahun sebelum kemuculan dajjal, Allah akan sekat langit dari turunnya 1/3 hujan dan Allah SWT perintahkan bumi untuk matikan 1/3 daripada tumbuh-tumbuhan. Jika kita perasan semasa lebih kurang sebulan lebih musim panas yang berlaku, apa yang terjadi pada tumbuh-tumbuhan? Kebanyakan rumput telah menjadi kuning, di kiri dan kanan lebuhraya kelihatan banyak pokok sudah terbakar. Begitu juga dengan empangan-empangan, kebanyakkan empangan sudah kering, seperti di Selangor empangan telah menjadi surut tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini merupakan tahun yang dahsyat kekeringannya sehingakan kita diarahkan untuk membuat Solat Istiqsa’ yang tidak pernah dibuat sebelum ini.
Tahun kedua Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 2/3 hujan dan 2/3 dari tumbuh-tumbuhan di bumi akan dimatikan. Tahun ketiga Allah SWT akan menyekat langit dari menurunkan 3/3 hujan dan Allah SWT perintahkan bumi mematikan 3/3 seluruh tumbuh-tumbuhan, binatang-binatang berkuku, binatang- binatang bergraham semua akan dimatikan Allah SWT. Bayangkan bagaimana waktu ketika itu? hujan tak turun sekian lamanya menyebabkan padi tidak boleh tumbuh, elektrik juga tidak dapat berfungsi kerana sumber utama elektrik di Malaysia yang menggunakan sistem hidroelektrik adalah daripada air di empangan-empangan yang menghasilkan kuasa elektrik.
Disebabkan tidak turun hujan kita akan mengalami pelbagai masalah, masalah elektrik, masalah pekerjaan dan pelbagai lagi dan kita akan menghadai saat yang sukar pada ketika itu, masalah kebuluran berleluasa dan sebagainya.. Dan ketika saat sukar begitulah Dajjal akan turun. Ujian paling besar, fitnah paling besar kan berlaku di masa tu.

Tiupan Sangkakala

Baru-baru ini kita juga dikejutkan dengan bunyi-bunyi dilangit yang mengerunkan di seluruh dunia termasuk yang paling dengan kita adalah di Bintulu. Saintis tidak dapat kesan bunyi itu datang dari mana. Cukup menakutkan, bunyi terlalu kuat sehingga bergegar cermin. Jika kita rujuk kepada kitab yang ditulis oleh Ibnu Katsir tentang tanda kiamat bab sangkakala, kita akan mengetahui bahawa tiupan sangkakala akan ditiup sebanyak 3 kali iaitu tiupan pertama merupakan tiupan Nafkhatul faza’ iaitu tiupan yang mengerunkan dan menakutkan kepada siapa yang mendengarnya. Tiupan kedua adalah tiupan kiamat dan tiupan kedua adalah tiupan menghidupkan semula.
Tanda demi tanda dah ditunjukkan Allah SWT, namun ramai lagi yang tidak sedar, fitnah akhir zaman sudah semakin hampir, ujian Dajjal merupakan ujian yang paling besar sehinggakan Para Sahabat cukup takut berada di zaman kemunculan Dajjal, semoga kita dijauhkan dari zaman kemunculan Dajjal. Dajjal akan muncul apabila mimbar-mimbar ,khutbah tidak lagi membicarakan tentang Dajjal.
Oleh itu, kita diminta untuk mengamalkan bacaan Surah Al-Kahfi iaitu 10 ayat awal dan 2 ayat terakhir Surah Al-Kahfi, banyakkan berdoa kepada agar dijauhkan dari fitnah Dajjal dan dekatkan diri dengan majlis ilmu.
## Khutbah penuh oleh Ustaz Jafri Abu Bakar – Zaman Kemunculan Dajjal
Komentar : - Akhir-akhir ini, dunia dikejutkan dengan bermacam-macam isu. Tidak tertinggal juga bumi malaysia. Satu dunia tertumpu pada malaysia. Muzakarah ana bersama karkun-karkun lama, memang ada nasihat dari maulana seawal 2004 dahulu. Katanya, beliau telah muncul. Dan maulana juga menasihatkan suatu hari nanti sesuatu perkara besar akan berlaku di Malaysia. Satu dunia akan tertumpu kepadanya. Dan akhir-akhir ini, satu jemaah khas dari Nizamuddin telah dihantar dan Maulana Saad sendiri juga menasihatkan supaya semua orang terutama rakyat malaysia mengamal surah al-kahf, 10 ayat permulaan dan terakhir. Pandangan ana sendiri Dajjal akan muncul kelak (dalam masa terdekat). Nasihat ana, jangan terlalu leka dan terpesona dengan teknologi yang melampau kebelakangan ini. Persiapan diri sebanyak mungkin dengan IMAN dan AMAL.
Doakan ana, moga diterima Allah untuk khuruj ana seterusnya. (negara jauh Croatia).
Wallahu a'lam


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...