Kisah 1
Promoter Ugut Bunuh Diri Kekasih
Tunda Kahwin
GEORGETOWN:
Akibat perselisihan faham dan kecewa kerana teman lelaki menunda tarikh
perkahwinan, seorang promoter jualan mengugut mahu membunuh diri dengan terjun
dari tingkat 12 sebuah pangsapuri di Lebuh Nordin, di sini awal pagi Ahad lalu.
Dalam
kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, teman lelaki mangsa berusia 28 tahun
datang ke rumah mangsa untuk berbincang sebelum berlaku perselisihan faham
antara mereka.
Jurucakap
polis berkata, mangsa yang kecewa dengan tindakan teman lelakinya menunda
tarikh perkahwinan yang sepatutnya tahun ini atas sebab tidak diketahui
menyebabkan wanita itu tidak boleh menerima kenyataan.
Menurutnya,
mangsa kemudian naik ke tingkat 12 dan mengugut teman lelakinya untuk terjun
jika lelaki itu tidak mengikut kehendaknya.
“Mangsa
memanjat dinding koridor untuk terjun sebelum diselamatkan teman lelakinya.
Polis yang tiba tidak lama kemudian membawa kedua-dua mereka ke Ibu Pejabat
Polis Daerah Timur Laut untuk diambil keterangan,” katanya.
Kisah 2
‘Silap Cepat Kahwin’
PETALING
JAYA: “Saya mengaku rumah tangga kami memang berdepan dengan masalah ketika
ini. Saya berusaha untuk menyelesaikan dengan menghadiri sesi kaunseling dan
berbincang dengan keluarga.
“Saya berada
di pihak yang benar. Sebagai isteri, firasat saya sangat kuat. Saya bukan
sebaik manapun, tapi saya tidak perlu takut kerana saya tahu apa yang betul dan
apa yang salah. Sebagai isteri, sudah pasti saya kecewa dengan apa yang
berlaku, tapi setiap yang terjadi ada hikmahnya. “Saya akui kami kenal dalam
tempoh yang cukup singkat iaitu tiga bulan dan terus ambil keputusan untuk
berkahwin. Justeru, saya belajar daripada apa yang berlaku iaitu jangan buat
keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Apapun, saya berdoa semoga semuanya
berakhir cara baik,” kata pelakon Ana Dahlia atau nama sebenarnya, Diyana
Mastura Jaafar, 29.
Ana berkata
demikian ketika diminta mengulas gosip rumah tangganya yang baru berusia 11
bulan dengan bekas juri MasterChef Malaysia yang juga Chef Selebriti, Mohd
Nadzri Redzuawan serta lebih mesra disapa Chef Riz, 30, yang dikatakan bergolak
ketika ini. Malah, ada laporan dalam blog hiburan yang mendakwa Chef Riz dan
Ana hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kajang untuk mengambil borang permohonan
cerai.
Keadaan
menjadi semakin panas apabila Chef Riz dikatakan sudah membuat pengakuan di
sebuah akhbar mengesahkan pergolakan dalam rumah tangga mereka, baru-baru ini.
Ketika
ditanya punca keretakan dalam rumah tangganya mungkin berpunca ada orang
ketiga, Ana menafikan dia ada menjalin hubungan dengan lelaki lain atau kembali
berhubung dengan bekas teman lelakinya dulu. . . . . . . (Sedikit Potongan)
Kisah 3
Aduhai Tunangku!
BATU PAHAT:
Pening memikirkan wang hantaran tidak cukup, seorang lelaki melakukan tindakan
bodoh untuk menyelesaikan masalahnya apabila membuat laporan polis palsu
kononnya dia disamun ketika mengeluarkan wang untuk dijadikan hantaran kahwin
di bank, sebelum menghilangkan diri.
Lakonan
lelaki berusia 24 tahun itu menyebabkan tunangnya serta keluarga menanggung
malu apabila majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu,
dibatalkan dan ditukar ditukar kepada majlis doa selamat.
Tunang
lelaki terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Noor, 23, berkata, bakal
suaminya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) empat hari sebelum hari
persandingan pada 29 Oktober lalu dan memaklumkan dia menjadi mangsa samun.
“Dalam SMS itu dia memberitahu disamun ketika mengeluarkan wang daripada bank
di Sungai Dulang sebanyak RM18,000 untuk perbelanjaan majlis perkahwinan kami
termasuk wang hantaran RM12,000.
“Curiga
dengan mesej yang diberikan, saya membuat pemeriksaan di bank berkenaan dan
diberitahu tunang saya tidak mempunyai akaun di bank itu,” katanya ketika
ditemui Harian Metro.
Sedikit Komentar :
Inilah ragam
kehidupan atau trend perkahwinan masa kini . Di satu sudut tersangat ingin
disegerakan perkahwinan dan di sudut yang lain menyesal kerana silap berkahwin
cepat. Pada sudut yang lain pula bila telah ditetapkan tarikh perkahwinan
mencari alasan ditangguhkan kerana tidak kemampuan dikeranakan hantaran yang
terlalu tinggi dan membebankan.
3 kisah di
atas cukup untuk menampakkan bahawa beginilah yang berlaku di dalam institusi
perkahwinan masa kini. Kekadang begitu “gah” ketika hari perkahwinan dengan
liputan semua akhbar dan majalah. Riuh rendah satu Malaysia tahu, pun begitu
bila berlaku perceraian juga riuh rendah liputan akhbar satu Malaysia.
Di mana-mana
pun perkahwinan yang jika asasnya atas keduniaan semata maka beginilah yang
akan terjadi melainkan diiringi dengan keagamaan dan takwa di awal perkahwinan
di pertengahan mau pun di akhir perkahwinan. Ini kerana perceraian
tidak semestinya di awal atau pertengahan perkahwinan malah di hujung-hujung
usia pun banyak yang berlaku. Nauzubilllah.
Yang penulis
maksudkan adalah perlu bagi kita kembali membina instutusi kekeluargaan yang
lebih matap bermula dengan didahului amalan keagamaan dan takwa. Bermula dari
pemilihan calon sehinggalah kepada masa menimang cucu dan cicit. Bukan kerana
apa, jika institusi kekeluargaan ini rosak maka masa depan anak-anak yang kedua
ibubapa mereka bercerai akan terumbang ambing. Paling ketara penghayatan
keagamaan akan tidak sempurna dan kehidupan sosial akan bertambah rosak.
Pengalaman penulis berkuliah, berceramah dan kaunseling pelajar-pelajar yang
bermasaalah di kolej tempat penulis bekerja maupun di Pengasih, Kuala Lumpur
rata-rata ianya datang dari keluarga yang bermasaalah dan berlaku perceraian.
Ibubapa berpisah
dan berkahwin lain manakala anak-anak akan dijaga oleh dato dan nenek atau pun
makcik yang tidak mendapat kasih saying ibubapa yang sempurna. Secara tidak
sedar bermula dari intutusi keluarga yang rosak inilah gejala sosial makin
bertambah dan disokong pula dengan tarikan maksiat dari berbagai sudut.
Pandangan
penulis dari awal pemilihan sebaiknya mistilah didahului dengan solat istiqarah
oleh calun pengantin itu sendiri atau pun ibubapa pengantin. Pemilihan calun
semistinyalah sebagimana berdasarkan syariat. Selain itu hubungan mahran
sebelum kahwin semistinyalah perlu dijaga. Di sini peranan ibubapa memastikan
bahawa calon pengantin anak mereka tidak bergaul mesra tetapi mistilah terbatas
atas dasar yang digariskan oleh syariat. Perkara ini juga perlu ada di dalam
modul Program Kursus Perkahwinan.
Hantaran
perkahwinan perlu lebih bersesuaian dan memudahkan kedua-dua pihak serta tidak
membebankan calon pengantin lelaki khususnya. Bebanan jumlah hantaran
perkahwina ini juga menyebabkan tarikh perkahwinan terlalu lambat sedangkan
meyegerakan perkahwinan kedua calon itu adalah tuntutan syariah.
Walimahtul
Urus pun sebaiknya lebih Islamik dan tidak ada unsur-unsur kelalaian. Jika
diiringi dengan hiburan biarlah hiburan yang dibenarkan seperi Qasidah Burdah. Ini
adalah kerana ada pendapat ulama mengatakan bahawa jika ketika walimah ini
terdapat unsur kelalaian serta para jemputan terhalang dari solat maka ianya
akan memberi kesah kepada perkahwinan tersebut.
Pertengahan
perkahwinan pula, kedua suami isteri bukan sekadar memikirkan pendapatan
isirumah malah juga perlu difikirkan bagaimana amalan keagamaan tidak tercicir
di dalam rumahtangga. Di sini suami perlu berulang-alek ke masjid solat
berjemaah dan memakmurkan masjid kerana bersumberkan Al- Quran dan hadis Nabi
saw, lelaki berkenaan akan di ”Khitab” kan sebagai “Ar-Rijal”.
Ar-Rijal inilah yang boleh menguasai dan memimpin isteri dan anak-anak.
“Ar-Rijalu
qawwamu na ‘alan nisak”. “Maknanya lelaki adalah pemimpin pada
wanita"
Akhir
perkahwinan di hujung usia sebaiknya lebih memikirkan persoalan kematian dan
keakhiratan berbanding persoalan lain khususnya nak tambah cawangan. Di sini
gaya dan keterampilan serta amalan hendaklah mengambarkan hujung usia dan
persediaan kematian.
Jika begini
yang kita lalukan secara otomatiknya perkawinan akan terjaga dan perceraian
akan dapat dihindari. InsyaAllah.
Wallahualam.
Credit to one of my Guru "al- alorstari"