Tidak banyak
syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran
solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah
s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1- Taat kepada Allah dan RasulNya
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya
mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta
kebersihan rumahtangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya
dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material
sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1- Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak,
maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah
lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan
saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan
hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka
sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan
Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati
pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari
kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan."
(Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah
menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.
2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke
perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah
memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan
dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya
kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah
penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri
akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah
kamu berfikir."
Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Tidak
Mengenang Budi Suami Dan Kekufuran Di Bawah Kekufuran
Bab Tidak Mengenang Budi Suami Dan Kekufuran Di Bawah Kekufuran.
Berhubung Dengan Perkara Ini Ada Riwayat Dari Abi Sa`id Al-Khudri Dari Nabi
s.a.w.
بَاب كُفْرَانِ الْعَشِيرِ وَكُفْرٍ دُونَ كُفْرٍ فِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Bab 21: Tidak Mengenang Budi Suami Dan Kekufuran Di Bawah
Kekufuran. Berhubung Dengan Perkara Ini Ada Riwayat Dari Abi Sa`Id Al-Khudri
Dari Nabi s.a.w.
٢٨ – حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ {قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيتُ النَّارَ فَإِذَا أَكْثَرُ أَهْلِهَا النِّسَاءُ يَكْفُرْنَ . قِيلَ أَيَكْفُرْنَ بِاللَّهِ ؟ قَالَ يَكْفُرْنَ الْعَشِيرَ وَيَكْفُرْنَ الإِحْسَانَ لَوْ أَحْسَنْتَ إِلَى إِحْدَاهُنَّ الدَّهْرَ ثُمَّ رَأَتْ مِنْكَ شَيْئًا قَالَتْ مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْرًا قَطُّ}
Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah dari Malik
dari Zaid bin Aslam
dari ‘Atho’ bin Yasar dari Ibnu ‘Abbas berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
“Aku diperlihatkan neraka, ternyata kebanyakan penghuninya adalah wanita.
Karena mereka
sering mengingkari”. Ditanyakan: “Apakah mereka mengingkari Allah?” Beliau
bersabda:
“Mereka mengingkari pemberian suami, mengingkari kebaikan. Seandainya kamu
berbuat
baik terhadap seseorang dari mereka sepanjang masa, lalu dia melihat satu saja
kejelekan
darimu maka dia akan berkata: ‘aku belum pernah melihat kebaikan sedikitpun
darimu”.
Seperti yang telah kita pelajari sebelum ini, tajuk bab Sahih
Bukhari itu adalah sangat istimewa. Ada perkara yang dia nak sampaikan. Mari
kita bicarakan tajuk yang telah diberi oleh Imam Bukhari ini.
Apakah maksud ‘Kekufuran Di Bawah Kekufuran’? Imam Bukhari nak
menceritakan bahawa ada kafir yang tidak kafir sebenarnya. Seseorang itu
mungkin mempunyai sifat-sifat orang kafir, tapi dia tidaklah sudah menjadi
kafir yang sebenar. Seperti juga penggunaan perkataan ‘zalim’. Seperti ada
tertulis dalam Quran, bagaimana Nabi Adam dan Nabi Yunus mengaku kepada Allah
bahawa mereka telah menzalimi diri mereka sendiri. Tapi itu tidaklah bermakna
mereka seorang yang zalim. Dan satu lagi contoh adalah perkataan ‘munafik’.
Nabi pernah menceritakan sifat-sifat seorang munafik. Iaitu, seperti tidak
amanah dan sebagainya. Hadith ini mahsyur. Sesiapa yang ada sifat-sifat itu,
Nabi kata dia adalah munafik. Tapi tidaklah bermakna munafik macam zaman Nabi
dulu. Yang munafik jenis itu, adalah munafik yang sebenar. Itu munafik yang
memang tak percaya Islam langsung. Tapi mereka menyembunyikan kekafiran mereka.
Tapi kalau seseorang muslim buat perkara-perkara seperti yang Nabi cakap itu,
dia hanyalah mempunyai sifat-sifat munafik sahaja. Tidak sampai menjadi tahap
munafik yang sebenar.
Maknanya orang yang mempunyai sifat-sifat kufur itu, iman mereka
tidak sempurna. Tapi mereka masih Islam lagi. Untuk lebih faham, kita bayangkan
cahaya matahari. Kalau tengahari, memang kuat cahayanya. Tapi kalau senja dan
waktu subuh, cahaya itu malap sangat. Tapi masih ada cahaya.
Lagi satu perumpamaan, bayangkan orang Islam itu sebagai seorang yang sihat
secara dasarnya, tidak mempunyai penyakit yang kronik. Tapi kadang-kadang dia
sakit, demam dan sebagainya. Kita masih lagi panggil dia seorang yang sihat.
Cuma tidak sempurna sihatnya.
Sebelum ini kita telah belajar bahawa, tahap keimanan manusia
itu berbeza-beza. Ada tahapnya masing-masing. Kali ini, Imam Bukhari nak cerita
pula yang tahap kekufuran itu pun berbeza. Ada yang tahap tinggi dan ada yang
tahap rendah.
Dari manakah Imam Bukhari dapat perkataan ‘Kekufuran Di Bawah
Kekufuran’ ini? Adakah dia nukilkan sendiri atau dia ambil dari orang lain? Ada
pendapat yang mengatakan bahawa dia ambil dari Ata’ bin Rabah. Dan ada yang
kata Imam Bukhari ambil dari kata-kata Ibn Abbas. Ibnu Abbas di dalam tafsirnya
membicarakan tentang ayat Quran yang mengatakan sesiapa yang tidak mengamal
undang-undang Islam, maka dia adalah kafir. Ibn Abbas mengatakan bahawa kufur
ini tidaklah bermakna terkeluar dari Islam. Yang kukuhnya adalah memang Ibn
Abbas ada menggunakan perkataan ‘Kekufuran Di Bawah Kekufuran’. Cuma, kena
tengok juga kenapa dia tidak mengamalkan undang-undang Islam itu. Kalau dia
lemah dan tidak mampu mengamalkannya lagi, maka tidaklah dia kafir. Tapi kalau
dia percaya bahawa hukum Islam itu tidak sesuai untuk zaman ini contohnya, maka
itu dah kafir terus dah tu.
Satu contoh adalah Nabi pernah kata kalau tidak solat, maka
orang itu kafir. Kalau dia malas nak solat, maka dia berdosa. Banyak pendapat
mengatakan dia tidak keluar dari Islam. Tapi kalau dia kata solat itu tidak
wajib, maka dia telah kafir sebenar-benar kafir.
Dalam tajuk ini juga, Imam Bukhari menggunakan perkataan
“Berhubung Dengan Perkara Ini Ada Riwayat Dari Abi Sa`Id Al-Khudri”. Ini adalah
kerana ada hadith lain daripada Abi Said yang menyebut tentang perkara yang
hampir sama di mana Nabi pernah menasihati orang-orang perempuan kerana mereka
banyak kufur kepada suami mereka. Jadi, maknanya Imam Bukhari cross-reference
kepada hadith yang lain itu.
Mengenali Perawi: Sedikit cerita tentang Ibn Abbas: sebenarnya
tidak banyak hadith yang disampaikan secara langsung daripada dia. Maksudnya
dia tidak dapat terus daripada Nabi. Ini adalah kerana semasa baginda Nabi
wafat, umur dia hannyalah 13 tahun sahaja. Dia lahir pun 3 tahun sebelum
Hijrah. Maknanya dia tidak dewasa lagi. Tapi ada hadith Nabi yang lain menunjukkan
bahawa baginda memandang tinggi kepada Ibn Abbas. Maknanya, Nabi telah memberi
penghormatan kepada dia dalam banyak keadaan. Beberapa pendapat menyatakan yang
hadith yang memang Ibn Abbas dapat sendiri adalah sikit sahaja. Ada yang kata
4, 10 ataupun 20. Hadith yang banyak kita dapati daripada dia adalah hadith
yang disampaikan kepadanya oleh sahabat-sahabat lain. Ini dinamakan hadith
Mursal, tapi sebab dia sendiri adalah sahabat juga, maka adalah diterima oleh
ahli hadith. Kemungkinan besar, banyak hadith yang disampaikan adalah dia dapat
daripada Saidina Umar kerana dia berguru dengan Umar.
Syarah hadith:
Nabi diperlihatkan neraka. Ada tiga cara bagaimana ini terjadi. Samada Nabi
bermimpi, semasa gerhana atau semasa Israk mikraj. Dan kalau baginda bermimpi
tu, ia juga dikira sebagai benar kerana mimpi para Nabi adalah benar.
Dalam hadith ini, Nabi dikatakan melihat banyak perempuan di
dalam neraka. Adakah ini bermaksud, tidak ramai perempuan yang dalam syurga?
Kerana ada dalam hadith lain mengatakan yang setiap lelaki di syurga akan
mempunyai dua isteri dari anak Adam. Ini tidaklah mengherankan untuk seorang
lelaki mempunyai dua isteri kerana di syurga nanti, tidak ada perasaan cemburu
seperti di dunia. Jadi, ini sudah menunjukkan yang perempuan juga akan banyak
di dalam syurga. Ini mungkin disebabkan memang perempuan itu lagi ramai dari
lelaki semasa di dunia lagi. Maka, tentulah tidak mustahil mereka juga akan
ramai di neraka dan di syurga nanti.
Nabi tentulah tidak melihat keseluruhan neraka. Mungkin Nabi
hanya melihat bahagian tertentu neraka sahaja. Sebab neraka itu sangatlah besar
sampai kalau jarum jatuh, 70 tahun baru sampai ke bawah. Kalau begitu besarnya
neraka, tentulah Nabi tidak diperlihatkan keseluruhan neraka itu. Dan ada kisah
Nabi nampak istana Umar. Takkan satu syurga ada istana Umar sahaja. Dan ada
hadith pasal dia dengar tapak kaki Bilal. Takkan satu syurga Bilal sahaja yang
duduk? Maka, Nabi ditunjukkan sedikit bahagian syurga dan neraka pada satu-satu
masa, dan di lain waktu, tempat lain pula. Maka pada masa Nabi ditunjukkan
neraka dalam hadith ini, ia adalah berkaitan dengan tempat orang-orang yang
tidak mensyukuri nikmat suami mereka. Maka nampaklah banyaknya perempuan di
situ. Mungkin tempat lain, ada banyak pula orang lelaki. Kerana dari segi
logiknya, yang banyak salah di dunia, yang mencuri, membunuh dan dosa-dosa yang
besar adalah dibuat oleh orang perempuan. Jadi, hadith ini tidaklah semestinya
menceritakan tentang banyak orang perempuan masuk neraka dibandingkan dengan
lelaki. Kalau salah faham hadis ini, seperti menunjukkan orang perempuan lagi
jahat dari lelaki. Ini meletakkan perempuan di tempat yang memalukan mereka.
Ini tidak sama sekali.
Kenapa bahaya kalau isteri tidak mensyukuri nikmat yang
diberikan oleh suaminya itu? Kadang-kadang perempuan dengan sebab tidak
mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh orang lelaki, menyebabkan orang
lelaki terpaksa mencari duit lebih untuk memuaskan isteri mereka. Menyebabkan
mereka buat rasuah, mencuri dan sebagainya. Hanya semata untuk memuaskan isteri
mereka. Jadi, walaupun nampak macam kesalahan tidak mensyukuri ini tidak besar,
tapi kesannya adalah besar. Berlanjutan dari yang kecil kepada yang besar.
Ini bukan sahaja untuk isteri. Termasuk di dalamnya adalah
mereka yang bergantung kepada orang lain seperti anak, contohnya. Jikalau
mereka tidak mensyukuri perbuatan ayahnya yang telah bertungkus lumus mencari
rezeki untuk mereka, mereka juga termasuk di dalam golongan yang kufur ini.
Tidaklah Islam itu hendak merendahkan martabat orang perempuan.
Jikalau dalam Quran disebut orang lelaki, maka itu termasuklah juga orang
perempuan. Cuma kadang-kadang memang digunakan orang-orang lelaki kerana banyak
kerja-kerja besar dan berat itu dilakukan oleh kebanyakannya orang lelaki. Ini
memang terbukti dalam sejarah dari dulu lagi. Nabi-Nabi banyak dari kalangan
orang lelaki. Itupun kalau ada yang berpendapat ada juga Nabi dari kalangan
perempuan. Ulama-ulama banyak dari golongan lelaki juga. Buku-buku agama yang
hebat-hebat pun dari golongan lelaki juga. Maka tidaklah salahnya kalau Allah
melebihkan orang lelaki.
No comments:
Post a Comment