RENTETAN PERISTIWA ISRAJ & MIKRAJ
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami
pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati
Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu
tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan
iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan
dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan,
didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam
perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram
ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu
Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba
di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah
telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua
rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
i. Negeri
Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit
Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; iii.
Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan).
Dalam perjalanan itu juga baginda
Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat
menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus
menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar
semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad
"Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali
ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum.
Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyithoh
(tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk
bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh
Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun
sebagai Tuhan).
Batu terapung yang
sebenar. Batu besar terapung ini ingin mengikut Rasulullah.
|
- Sekumpulan orang yang sedang
memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali,
lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu
Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud
(sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup
kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti
binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata
Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
-Satu kaum, lelaki dan perempuan,
yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan
lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai
darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas
kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata
Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima
amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting
lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali
digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah
orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak
melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada
mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan
daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar
keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata
Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal,
tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang
yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata
Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya,
nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di
tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak
menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya
sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga
menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah
gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya
di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid
dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi
makmum.
Batu besar terapung
yang selalu ditayang pada hari jumaat di sesetengah masjid ini sebenarnya
palsu.
|
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga,
lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih
susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul.
Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus
Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang
indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama
lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit
Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu
berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan
riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan
mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit
Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk
dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit
Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
iii. Langit
Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit
Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang
dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit
Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya
dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu
dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk
syurga tanpa hisab.
vi. Langit
Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu
dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi
oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda,"Engkau
akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu
dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga
iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain,
Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan
beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah
lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU
AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi
orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam
syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib,
Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang
(Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga
Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan
dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan
pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu,
sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya
berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia.
Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang
terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka
berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga
Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha.
Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam.
Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki
di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada
masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga
Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat
Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya,
lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan
bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb.
Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang
besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang
besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman
yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman
menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan
Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan
menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku
perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku
buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri
keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat
(surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku
berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu
perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam,
hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji
Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku
fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat.
Solat dikurangkan dari 50 ke 5 waktu,
tetapi dikekalkan pahala sama seperti 50 waktu.
Rasulullah S. A. W. di bawa menemui
Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh
Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan,
mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap
kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang
lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit
dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq
perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda
bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti)
peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa
itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah
sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih
penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi
meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa
Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh
pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati
Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan
Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu
mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk
dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak
dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi
Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi
sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu
merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah
Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti
kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Masjidil Haram di
Makkah/Mekah.
|
Mafhum Firman Allah S. W. T. :
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari
Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya
agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment