FAKTA SAINS SEBENAR
“Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan
mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks.
Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan
tumbuh dan berkembang secara unik. Neuron adalah merupakan unit asas sel otak
yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit.”
Kepentingan Penjagaan Otak
Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan , sikap dan
fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di
dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang.
Otak juga bertanggungjawab keatas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan
segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan).
DARI SUDUT ISLAM PULA
Didalam “Al-Wabil” yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan
kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
- Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir
- Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah swt dan cinta itu roh Islam, agama
dan sumber
kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah
hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.
- Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat
ihsan.
- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah.
Dengan ini lama-
kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi
Pelindung dan Pembantunya.
- Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.
- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.
- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak
berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.
- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan
seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.
-Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.
- Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau
di dalam kubur.
- Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka
buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari
kesedaran penuh menuju tauhid.
Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra’d Ayat
28 yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang”
No comments:
Post a Comment