Sunday, June 9, 2013

Sementara masih bernyawa ( part2 )


Innalhamdalillahi nahmaduhu, wanusolli a'la rasulihil karim,
amma ba'du


Assalamualaikum..


10 Jun 2013, Alhamdulillah dengan izin Allah SWT dan berkat doa-doa tuan-tuan semua, ana dapat juga duduk kembali dalam mesyuarat harian subuh pagi tadi. Huuhh... bukan senang syekh, bila seseorang telah memilih jalan keluar dari bulatan, maka susah untuk masuk kembali... sama seperti kes ana nie ler.. tapi alhamdulillah, Allah bagi ana peluang lagi. Hehe.. bila ditanya syor kepada ana, terkedu nak cakap, hanya mampu keluar "ana ikut jer"... aduss... HAHAHA.. dulu ana satu orang hamba Allah yang suka bagi syor... tapi kali ini, semuanya telah ditetapkan oleh Allahu Rabbul Jalil.. apapun keputusan pagi tadi ana redo'.. moga Allah SWT redo' kami semua dan semua ummat akhir zaman nie.

Ana dah lama tak menonton TV, terkadang-kadang jer.. itupun TV model keluaran tahun 2000, tunggu untuk blow jer dia punya electro gun dan yoke.. sekali dia busstt.. Alhamdulilah... Ceritanya tadi, bila tengok sumber dalam internet, tentera syria menyerang dan menghalau tentera pemberontak.


Aik, apa kene mengena TV2 nie.. harap-harap tidak bersengkongkol dengan syiah udah ler... harap-harap laporan TV2 mengutuk serangan puak syiah nie..  (tiada kene mengena dengan politik, tag line ni.. huhu)

CUMA, belum tiba masanya ana rungkai atau meng isukan keadaan yang ana nampak. Dari research ana, mcm-mcm dah ana perhatikan dan memang BENAR!!.. Allahu robbi... "Ya Allah, selamatkan kami semua dan keturunan kami dari terkena dan terlibat dalam FITNAH BESAR AKHIR ZAMAN"

Jangan ingat kita semua selamat, walaupun kita duduk di tanah bumi yang selesa nie. Apa yang ana boleh bagi tahu, perancangan mereka (kuasa BESAR NWO/pendokong-pendokong ******), telah bermula sejak zaman dulu lagi. Tanah bumi ini tidak terkecuali, dan terlalu ramai lagi tidak perasan mahupun pembesar-pembesar atau semua jemaah-jemaah yg ada...

Betul lah kata ELDEST, persiapkan IMAN DAN AMALAN kamu... kelak hanya ini sahaja dapat membezakan yang BENAR DAN BATIL. Bila muncul, maka orang yang betul-betul imannya soheh dan yakin bulat-bulat pada ALLAH SWT, akan selamat dan terkeluar dari fitnah ini.  Yang ada nie pun ramai tak percaya dan musykil.. ana sendiri pun sama jer... Allahu robbi...
Kalau pemerintah-pemerintah yang ada di dunia ini termasuk tanah bumi ini... hmmm.. majoriti ~~~~. Ada juga dikalangan ini perasan dan ada yang tak perasan, sebab "MIND CONTROL" / perjanjian-perjanjian NWO dan kesan gaya hidup akhir zaman ini. Sebelum NWO diumumkan, mereka dah mula menjajah, perancangan mereka amat halus, teliti dan rapi.. manusia ramai tidak perasan.. Aduuuhhai... susah nak terangkan.. (Pesanan, JAGALAH ANAK-ANAK KITA, sungguhpun mereka tiada apa-apa, JAGALAH SEBAIK MUNGKIN).



Pendek kata, Nabi SAW telah berpesan pada ummat akhir zaman (hadis lebih kurang begini), "Ikutlah aku (nabi saw), maka berjayalah didunia dan akhirat" hadis soheh, mmg ada dalam kitab-kitab hadis. Ada orang alim huraikan, ummat nabi saw kene ikut cara nabi dari segi SURAH,SIRAH dan SARIROH (Cara kehidupan nabi dari buka mata dan tidur kembali, Penampilan nabi dan FIKIR nabi saw). Nak detail lagi, kene laa gi belajo.. SEMUA ULAMA MMG SURUH KITA UMMAT ISLAM BELAJO AGAMA.

Jadi ini yang boleh ana kongsi-kongsi kan... nak lebih lagi kene la cari sendiri dan kene cari orang fasih / mahir dengan hadis-hadis akhir zaman. Syornya, berguru dengan org alim. Mohala ana setiap hari selasa selalu ada kuliah agama. Kekadang tu ustaz yang mengajar nie akan menghuraikan keadaan dan kedatangan akhir zaman dan juga ancaman-ancaman akhir zaman (mengikut hadis-hadis soheh & al quran).

Kalau nak cari ana, huhu.. ana nie bukannya alim, dan tidak pandai pun dalam hukum hakam agama. Ana cuma ada ilmu yang dibelajar dan dicari. Semuanya ALLAH SWT yang bagi.. ALLAH SWT zahirkan pada mcm-mcm cara atau keadaan. Insyallah, ada masa sambung lagi.


Wallahu a'lam


P.s : Ana bersama Muhammad Hassan dan Muhammad Hussin. Meluangkan masa bersama mereka semua selagi bernyawa, selagi di izinkan oleh ALLAH SWT.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...